Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada kawan-kawanku sekalian.. Kenalkah anda akan WangCyber? haa.. kepada yang tak kenal tu,ni saya ada cerita sedikit, sebab saya pun baru je kenal2 dengan WangCyber atau WC ni. Selain daripada social network yang kita kenali seperti Faceboo, Friendster, Myspace, Tagged dan lain-lain, kita juga boleh bersocial di Forum WC ni. Tapi kat WC ni ada kelainannya yang tersendiri.
The Journey,as its name suggests..is a story of mine..a story of passion,will and desire..ups and downs..rise and fall..may it be glory one day..
Sunday, December 12, 2010
WangCyber sangat Awesome!!
Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada kawan-kawanku sekalian.. Kenalkah anda akan WangCyber? haa.. kepada yang tak kenal tu,ni saya ada cerita sedikit, sebab saya pun baru je kenal2 dengan WangCyber atau WC ni. Selain daripada social network yang kita kenali seperti Faceboo, Friendster, Myspace, Tagged dan lain-lain, kita juga boleh bersocial di Forum WC ni. Tapi kat WC ni ada kelainannya yang tersendiri.
Wednesday, December 8, 2010
Permulaan Bisnes Kecil-Kecilan..
Tuesday, December 7, 2010
Choice..
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian, minta maaf lah kerana mengambil masa yg agak lama untuk update blog ni. Kebelakangan ni agak busy sikit. Maklumlah, orang yang macam saya ni, takde kerja tetap kan. So, terpaksa kerja macam ayamlah, kais pagi makan pagi lah katakan,hehe. Cakap pasal kehidupan ni, walaupun kehidupan saya ni bukanlah jenis kehidupan yang boleh dibanggakan,hehe, saya rasa bersyukur sangat sebab diberikan peluang untuk hidup di atas muka bumi Tuhan ni sebagai seorang manusia. Mungkin ada antara waktu-waktu di mana saya lebih rela menjadi seekor kucing atau seekor burung disebabkan hal-hal yang tertentu (kecewa mostly,hehe), tapi bak kata pepatah orang putih "ain't gonna be a rainbow without a little rain". Setelah saya menyedari hakikat yang manusia ni dicipta sangat-sangat berlainan daripada ciptaan lain dan apa yang betul-betul membezakan kita daripada ciptaan-Nya yang lain ialah, manusia diberi kuasa untuk MEMILIH.
Apa yang saya maksudkan disini ialah, kalau saya diberi peluang untuk menganologikan cerita saya untuk memudahkan pemahaman dan penceritaan ialah begini. Tuhan kita, Allah, ialah satu entiti yang sangat-sangat berkuasa dan telah mencipta segala-gala yang berada di dunia ini. Dia juga lah yang membuat hukum-hukum fizik dan segala hukum-hukum alam yang kita terpaksa turuti, seperti hukum graviti, nak tak nak kita akan jatuh lepas melompat kan? Jadi, kita boleh kata yang Allah jugalah yang telah 'memprogramkan' bagaimana seluruh alam ini berfungsi. Bulan akan berputar sambil mengelilingi bumi dan bumi pun begitu sambil menngelilingi matahari.Burung akan terbang mencari makan di waktu pagi dan pulang di waktu petang. Lembu akan makan rumput dan tak pernah teringin nak makan cacing atau pizza. Tumbuh-tumbuhan yang warna hijau takkan boleh tukar warna merah ke pink ke warna-warni ke walaupun diorang teringin sebab jeles tengok bunga orkid.
Tetapi manusia, walaupun masih termaktub dengan hukum-hukum alam yang Allah telah ciptakan, still berbeza antara satu sama lain. Sebab kita tak diprogramkan macam benda-benda lain yang Allah cipta. Kita boleh makan apa kita nak, pakai apa yang kita nak pakai. Even, ada sesetengah tu yang tak suka dengan muka yang Allah dah bagi kat dia, pun ada pilihan nak buat pembedahan plastik.hehe. So, kat sini manusia telah dianugerahkan, dan pada saya ia adalah seperti tanggungjawab untuk kita umat manusia membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita. Fikir-fikirkanlah tentang consequences yang tercetus akibat choice yang kita buat. Sampai sini sahaja untuk kali ini, Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..
Friday, November 5, 2010
Finally..I let her free..
Thursday, October 21, 2010
Best Buddies..
Korie : Dia ni berasal dari Sabah dan telah mengenali saya rasa-rasanya ada dalam 3-4 tahun. Kami sama-sama terlibat dalam sebuah bisnes MLM pada suatu masa yang dulu. Kami masing-masing mengenali hati budi sendiri. Sekarang ini, dia menjadi salah seorang watak penting dalam menjayakan projek-projek yang saya dah plan.
Amer : Semasa saya sedang restart hidup saya, saya memang selalu lepak di Bun-D Bistro & Cafe di mana saya bertemu dengan dia buat kali pertama. Dialah sebenarnya Tok Guru yang mengajar saya cara-cara membuat shisha. Dalam masa yang tak sampai setahun ni, kami boleh menjadi rapat dan mesra serta mempercayai antara satu sama lain. Kehadirannya dalam group ini membuatkan group kami lebih lengkap kerana pengalaman dan contact yang dia ada sangat meluas. Dia bakal membawa group ini lebih jauh dengan kenalan-kenalan dan cable nya yang banyak.
Amirul : Saya mula berjumpa dengan dia juga di Bun-D Bistro & Cafe. Semasa itu saya sedang giat mengekori geng-geng artist yang membuat persembahan di sana. Dia merupakan kawan kepada salah seorang daripada ahli band tersebut. Mulanya kami tidak rapat, sehingga kami mula mengenali hati budi masing-masing. Rupa-rupanya, dia juga sama seperti saya; sedang cuba memperbaiki hidup.
Wan : Semasa saya sedang rapat dengan kumpulan-kumpulan yang berniaga di Bun-D Bistro, saya selalu nampak dia bersama girl friend nya lepak di sana. Lebih kurang setiap hari saya dapat melihat mereka lepak di situ. Mereka juga menjadi kawan baik kepada Amir kerana mereka sangat menggemari shisha. Setelah saya pulih daripada penyakit denggi,dalam bulan 7 hari tu, kami mula berkenalan dengan lebih rapat lagi. Hasilnya, terjadilah group ini.
Sunday, October 17, 2010
Wish You All the Best Sweetheart
Sunday, October 10, 2010
Step 2
Mula-mula sekali, saya nak selesaikan hutang-hutang saya. Ini semua kerana, disebabkan hutang-hutang ini lah, ada kawan-kawan saya yang saya segan nak jumpa malah ada yang saya sengaja elak daripada berjumpa mereka. Setiap kali saya keluar, tak kira lah makan ke apa ke, saya pasti rasa tak senang hati. Bukan saya tak nak bayar, tapi keadaan itu sendiri yang menghalang saya untuk bayar. Saya tak pernah lupa berapa hutang saya dan siapa yang saya hutang. Walaubagaimana kita target pun, perkara itu confirm akan ada sangkut paut dengan duit. Jadi, dalam kes ini, memang duit yang menjadi tajuk utama. So far, saya rasa dan setelah melakukan calculation, hutang terkumpul saya telah mencecah RM35,000.00. Maknanya, untuk target saya yang pertama ialah untuk mengumpul duit sebanyak RM35k untuk membayar hutang.
Tapi, apabila saya sedar yang sebenarnye,kebanyakan target pun ada melibatkan duit, jadi saya telah membuat satu target yang agak simple, iaitu mengumpul duit sebanyak mungkin dalam masa 2 tahun ni. Memanglah kalau nak diikutkan target tu kena spesifik sikit. Jadi, keputusan saya tadi itu ialah target saya paling tinggi dan untuk mencapainya, saya akan buat target secara berperingkat. Ini kerana untuk mencapai target yang paling besar maybe adalah agak susah, tetapi kalau kita mencapainya secara berperingkat, lama-kelamaan, target yang paling besar itu akan tercapai juga.
Jadi, sekarang ini saya akan beritahu anda semua tentang target berperingkat yang saya maksudkan itu tadi. Buat masa sekarang, saya, secara realistiknya akan setkan target saya terhadap benda-benda yang agak material sedikit. Benda yang saya maksudkan ialah kereta dan rumah. Bagi saya, target ini adalah simple dan agak crucial pada kemudian hari nanti. Lagipun, kereta dan rumah akan diperlukan apabila saya berumah tangga ataupun nak menyelesakan lagi kehidupan keluarga saya yang sekarang ni. Mari sama-sama kita tengok progress target-target saya ni pada masa yang akan datang. Sementara itu, Assalamualaikum dan semoga jumpa lagi di hari yang mendatang..Terima kasih kerana membaca...
Friday, October 1, 2010
First Step Ep.2
Monday, September 27, 2010
First Step Ep.1
Pada hampir 3-4 tahun yang lepas, saya adalah seorang pengusaha MLM (Multi-Level-Marketing). Seperti kebanyakan MLMer yang lain, saya kelihatan agak berada. Keperluan bidang ini ialah, kita kena nampak kaya walaupun pada hakikatnya kita tak kaya. Di sinilah kesilapan pertama saya di mana saya hidup seperti seorang yang banyak duit walaupun saya takdelah banyak sangat duit. Keadaan ini akhirnya membuatkan kehidupan saya bertambah susah kerana terpaksa membelanjakan lebih banyak duit daripada yang saya hasilkan. Akhirnya, bukan saja saya kehilangan duit, saya juga turut kehilangan sahabat, keluarga dan orang yang tersayang. Pada masa itu, saya boleh diibaratkan seperti sudahlah jatuh ditimpa tangga.
Setelah menjadi keseorangan, saya pun mula balik kepada keluarga saya dan tinggal bersama mereka. Apa yang saya terkejut di sini ialah mereka memaafkan saya walaupun saya telah melakukan kesalahan demi kesalahan yang telah membawa darurat kepada mereka. Jadi, saya pun cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk tebus balik kesalahan-kesalahan saya. Kebetulan, pada masa yang sama, rakan yang senasib dengan saya(walaupun tak seteruk saya) cuba untuk menstabilkan diri sendiri. Saya pun yang pada masa itu telah ketandusan idea, cuba mengikut rentaknya yang sangat mahir dengan perniagaan yang berunsurkan internet ni. Saya short-formkan rakan saya ni kepada IM(Internet-Markerter). Saya memang terkejut dengan kepakaran IM dalam bidang itu. Tetapi, pada suatu hari, dia telah belajar untuk berniaga dengan platform FOREX(Foreign-Exchange), dimana dia boleh dapat untung dengan memperdagangkan matawang. Dia memang seorang yang genius kerana dia telah menguasai sepenuhnya teknik-teknik yang diperlukan dalam masa sebulan dan pada masa yang sama telah mendapat untung sebanyak sekali ganda daripada modal yang diletaknya.
Pada suatu hari, dia pernah berkata "kalaulah aku ada modal RM10,000.00 memang untung besar hari-hari". Saya pun dengan perasaan yang tertarik, bertanya kepadanya kenapa dia berkata demikian. Setelah berjam-jam menerangkan kepada saya(maklumlah,saya ni pun bukan pandai sangat) akhirnya dengan otak yang benak ni saya faham juga. Saya bertanya kepadanya "kalau betul boleh untung besar, aku cari duit tu. Aku takde duit banyak camtu, tapi aku rase aku boleh cari, tapi betul ke boleh?". Dia pun meyakinkan saya sekali lagi dan berkata bahawa nak berkongsi keuntungan dan bayar balik duit yang saya cari tu. Projection keuntungan tu terlampau banyak untuk saya biarkan sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkan modal itu. Jadi, dengan focus yang baru, saya plan untuk mencari sumber untuk RM10,000.00 itu. Dalam kepala saya hanya ada keluarga saya sahaja kerana dengan situasi dan keadaan saya ini amatlah susah bagi saya untuk approach orang lain bagi mendapatkan duit sebanyak itu. Hampir sebulan saya cuba meyakinkan mereka akan keberkesanan FOREX itu. Dan, seperti yang saya harapkan, mereka bersetuju untuk meminjamkan duit tersebut. Tetapi yang paling menyedihkan saya ialah, duit itu datang daripada hasil gadaian emas Mak dan MakNgah saya. Untuk saya menerima duit itu adalah satu tugas yang berat kerana emas-emas itu semua adalah emas yang mereka sangat sayang dan ada yang emas pusaka. Tapi, saya keraskan hati dan mengambil semua wang tersebut kerana saya tahu, dengan FOREX, emas-emas tersebut boleh ditebus semula.
Tanpa berlengah lagi, saya terus kerumah IM dan sekali lagi bertanya kepadanya "betul ke benda ni boleh buat untung?". Dia pun membalas "confirm untung, kau jangan bimbang. Kita akan tebus balik emas tu. Apa-apa yang terjadi, kita tanggung sama-sama. Kalau modal banyak camni, memang untung besar". "IM, kalau kau suruh aku main FOREX ni, memang aku tak reti. Tapi apa yang aku tau, aku boleh cari modal untuk kau main" kata saya sebelum menyerahkan duit itu kepadanya. Pada petang itu juga kami ke Ampang untuk mendepositkan duit itu kedalam akaun FOREX. Selama sebulan prestasi IM sangat-sangat memberansangkan sehingga pernah sehari kami memperoleh untung sebanyak USD1000. Tapi, dia berkata bahawa untuk tidak mengeluarkan keuntungan kerana hendak mendapatkan untung yang lebih besar. Memang betul kata-katanya itu dan saya pun turuti untuk bersabar dan mengaut untung yang lebih besar. Keluarga saya turut gembira apabila saya menceritakan hal ini dan mereka hanya berkata kepada saya supaya membayar bunga emas yang telah digadaikan. Saya pun bertanya,"berapa bunga emas tu MakNgah?". Dan setelah berbincang, saya diberitahu bahawa kadar bunga untuk emas itu ialah sebanyak 30% sebulan bersamaan lebih kurang RM3000.00. Jumlah itu agak banyak, tetapi apabila dibandingkan dengan keuntungan yang kami bakal terima, jumlah itu menjadi kecil saja...[BERSAMBUNG]
Saturday, September 25, 2010
The Journey Begins...
Wednesday, September 22, 2010
Kesimpulan Buat Masa Sekarang..
Kereta : Proton Iswara (iye, yang lama tu. kaler merah tau)
Duit : Memang cukup2 aje
Hutang : Banyak lagi nak kena bayar, tapi jangan bimbang, berani hutang, berani tanggung.
Rumah : Duduk rumah Ayah dan Ibu lah, takyah bayar sewa
Pekerjaan : Agen loan (sesape nak buat personal loan, silalah hubungi saya ye)
Bisnes : Jual perfume
Basically, anda sume tahu lah camne keadaan hidup saya sekarang ini. Daripada ringkasan yang saya buat ni, mesti anda ada sedikit pandangan terhadap kehidupan saya. Tapi, macamanapun, saya akan tetap berusaha. Yelah,sape nak kat lelaki yang poket kering macam saya ni betol tak. Perempuan pun tak tengok kalo dah macam ni gaya nye. Tapi saya akan pastikan perkara ini tidak akan berterusan. Saya akan menggunakan segala peluang yang ada untuk menaik taraf kehidupan saya. Dengan bantuan rakan-rakan yang ikhlas ingin membantu dah usaha, insyaallah, sesiapa pun boleh berjaya, amin..
Sunday, September 12, 2010
Alhamdulillah
Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang sedang membaca. Hari ini saya berasa sungguh berbangga kerana sepupu saya sudah selamat menjalankan majlis pertunangannya dengan sempurna pada hari ini. Boleh dikatakan hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami sepanjang tahun ini. Saya pun dapat belajar sedikit sebanyak tentang menjalankan majlis tunang kerana majlis ini berlaku kepada sepupu saya yang paling dekat. Jadi saya pun berpeluang untuk turut terlibat dalam majlis tersebut.
Saturday, September 11, 2010
Flash Back Ep. 2
Hendak dipendekkan cerita, perniagaan shisha kami bukannya tak menghasilkan untung, tetapi untung yang kami dapat tu tidaklah seperti apa yang kami harapkan. Jadi, kami pun membuat keputusan untuk menutup shisha kami. Epi pun menyimpan semula botol-botol shisha di cawangan pertamanya iaitu di Bun-D Bistro & Cafe bersama rakan kongsinya, Amer. Saya pula, menyambungkan semula bisnes yang telah agak lama saya tinggalkan dan berharap serta berdoa agar bisnes ini masih boleh berjalan. Tetapi kali ini, saya buat secara berseorangan...[TAMAT]
Friday, September 10, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitrie..
Saturday, September 4, 2010
Flash Back Ep. 1
Assalamualaikum kepada anda semua yang masih lagi membaca. Maafkan saya disebabkan blog saya yang bercelaru ni. Saya pun sebenarnya agak baru dalam penulisan blog ni, jikalau anda tak keberatan, silalah komen untuk saya improve lagi hasil tulisan saya ini. Seperti yang saya janjikan pada artikel sebelum ini, saya akan mula menyambung kisah yang terjadi kepada saya sebelum ini.
Seperti yang kebanyakan anda jangka, saya dan partner saya dapat memulakan perniagaan shisha kami di Downtown Cheras, akhirnya. Kami sangat beruntung kerana dapat berniaga di sana kerana Sham dan Eddie langsung tidak mengenakan kami sebarang sewa. Mereka hanya ingin menolong untuk memajukan perniagaan kami. Perniagaan yang mereka lakukan pun bukan calang-calang. Mereka menyediakan kemudahan tempat letak barang bagi peniaga-peniaga yang berniaga di Downtown. Apabila Downtown beroperasi, kedai atau stor mereka akan menjadi kosong antara pukul 8 p.m sehingga 5 a.m. Jadi, mereka pun membenarkan kami berniaga di situ dan mereka siap sediakan tempat untuk kami simpan barang-barang shisha kami. Alangkah bersyukurnya kami apabila mereka ingin membeli flavor untuk kami tetapi sebagai ganti, kami kena buat shisha untuk mereka. Tapi kami tidak kisah, lagipun flavor-flavour yang ada pada kami pada masa itu telah habis. Modal untuk ‘rolling’ pun kami takde. Semuanya habis digunakan. Ini memanglah satu peluang yang baik untuk kami kerana semuanya seolah-olah telah disediakan.
Jadi bermulalah kisah kami berniaga shisha tanpa sebarang keraguan,haha. Tiap-tiap hari kami akan bertolak bertiga, saya,Epi dan seorang lagi rakan kami yang sentiasa membantu kami sejak hari pertama kami buka shisha, Awey. Sambutan di sana agak memberansangkan kerana tiap-tiap hari,selama dua minggu berturut-turut pelanggan datang. Maknanya ada sales lah setiap hari. Kami rasa gembira sangat.Hilang penat disebabkan keadaan yang begini best. Tetapi, setelah hamper sebulan berniaga,kami dapati hari yang paling ramai pelanggan adalah hari Khamis, Jumaat, Sabtu. Yang paling best sekali,walaupun di situ ada lagi 2 kedai shisha yang lain,pelanggan kami selalu cakap yang shisha kami ni lebih sedap dari yang di sebelah sana. Bukan nak membangga diri, tapi kami betul-betul gembira dengan pengiktirafan yang diberikan.
Setiap hari kami akan bertolak dari Shah Alam ke Downtown pada pukul 8.30. Nasib baik ada duit sales, bolehlah kami menggunakannya untuk mengisi minyak dan tol. Tapi kami hanya menggunakan maksimum RM15 untuk sehari sebagai kos perjalanan. Di sebabkan ada ‘fixed cost’ yang sebegini, kami mula mencari jalan untuk mengurangkan kos. Walaupun sedikit, tapi bila dah dapat untung nak kena bahagi dua lagi, menyebabkan untung kami sedikit. Jadi kami memerlukan satu cara yang dapat menjimatkan kos perjalanan kami. Kebetulan pula, pada suatu hari tu Sham dan Eddie memerlukan seorang pemandu ‘forklift’. Yang paling memranjatkan saya ialah, Awey sangat pandai memandu ‘forklift’. Jadi dia pun diambil bekerja di situ. Ini sangat menjimatkan kami, kerana Awe akan dapat menjaga kedai Sham dan Eddie dan juga dapat menjaga kedai kami dalam masa yang sama. Selepas itu, saya dan Epi pun membuat keputusan untuk datang sekali seminggu. Ini juga berturutan dengan peluang kerja yang baru sahaja diterima oleh Epi. Maknanya, dia bakal mempunyai komitmen dalam bidang pekerjaan dan tidak boleh meluangkan masa seperti sebelum ini. Ini bererti bahawa saya akan pergi mengunjungi shisha seorang diri setiap hari. Bukan apa, takkanlah saya nak biarkan Awey seorang diri, saya pun mesti turut membantu kan..[BERSAMBUNG..]
Friday, September 3, 2010
Mohon Maaf...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada anda semua terutama kepada anda yang sering mengunjungi blog ini kerana sudah lama tidak menulis. Terdapat beberapa factor yang menyebabkan saya tidak mampu untuk berbuat demikian. Antara sebab-sebabnya ialah kesibukan yang teramat sangat. Tetapi kali ini tujuan saya menulis bukan kerana ingin memberikan anda semua alasan, tetapi saya ingin menyambung semula kerja saya yang telah terbengkalai lama dan disamping itu juga, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda, yang sudi membaca. Saya harap saya tidak akan membosankan anda dengan ‘The Journey’ ini.
Mungkin ada yang tidak mahu tahu, tetapi sekiranya anda pembaca, mungkin juga anda mahu tahu. Itulah dilema yang bermain difikiran saya sewaktu sedang menulis artikel atau cerita kali ini. Setelah betul-betul memikirkannya, saya bercadang akan menceritakan kejadian yang berlaku kepada saya dalam tempoh ‘kehilangan’ saya ini. Keputusan ini datang apabila saya terfikir “kalau diorang tak nak tahu,mesti diorang tak baca. Jadi, orang orang yang membaca ni mestilah orang yang nak tahu”. Itulah yang membuatkan saya meneruskan dengan keputusan tersebut. Lagipun, kalo saya tak cerita, agak cacat jugalah blog saya ni. Ye lah, tiba-tiba je skip, macam ada lubang kosong pulak. Jadi, terima kasih kerana sudi mendengar penjelasan saya yang panjang lebar ni dan saya harap anda semua terus membaca artikel yang bakal saya tuliskan selepas ini. Sekian..
Thursday, May 13, 2010
Pilihan..
Wednesday, May 12, 2010
Tempat Baru..
Sunday, May 9, 2010
Sesak...
Sunday, May 2, 2010
Hari Yang kurang Memberansangkan..
Monday, April 26, 2010
Pertemuan Sekali Lagi [PART II]
Sunday, April 25, 2010
Buat Baik Berpada-pada..
Saturday, April 24, 2010
Pertemuan Sekali Lagi [PART I]
Wednesday, April 21, 2010
Masa Sekarang vs Masa Depan [PART I]
Status : Miskin dan Single..
Duit dalam poket : rm30