Duit kami yang beribu-ribu US Dollar telah tinggal hanya USD500 sahaja. Bagaimana? Pada malam itu, IM sedang menunggu waktu yang membolehkan kami untung paling banyak sekali. Semasa menunggu waktu genting itu, kawan serumah IM telah menutup modem P1Wimax yang digunakan untuk internet. IM terus membuka semula modem itu, dan hampir 15 minit menunggu modem itu menghubungi internet. Malangnya, signal pada modem itu agak kurang memberansangkan kerana gagal menghubungi internet. IM pun bergegas pergi ke kedai Mamak yang mempunyai Wi-Fi, iaitu di Bintang Sidewalk, Shah Alam. Sesampainya IM di sana, dia terus membuka laptop dan terus masuk ke dalam Forex. Pada masa itulah, duit baki yang tinggal di dalam akaun FOREX kami hanya USD500 dan serta-merta IM log out dari FOREX untuk mengurangkan kerugian. Tetapi, cerita tetang kerugian ni, datangnya dari mulut dia sendiri, dan dia pun tidak membenarkan saya menghubungi kawan yang menutup modem Wimax itu tadi. Setelah berbincang dengan IM, dia pun bersetuju untuk membayar semula amaun yang telah rugi itu dengan bunga hasil gadaian emas. Kami pun berbincang untuk buat bisnes lain, dan atas dasar kasihan, saya pun offer kepadanya untuk bayar separuh dari jumlah itu sekiranya bisnes yang kami buat itu kami buat bersama. Setahun sudah berlalu, satu sen pun dia tak pernah bayar, siap terminate saya daripada bisnes yang kami start sama-sama, menyalahkan dan menuduh saya, memburukkan saya di belakang saya dan macam-macam lagi. Sekarang ni, saya panggil pun dia dah tak respon lagi.
Jadi kawan-kawan, saya telah mengenalpasti beberapa kesilapan yang telah saya buat dan saya rasa anda semua pun tau,betul tak? Pertama sekali, saya terlampau mempercayai kawan saya iaitu IM. Kedua, saya terlampau berharap atas hasil kerja orang lain. Ketiga, saya telah melibatkan keluarga saya di mana sekarang ini, mereka yang teruk membayar hutang emas. Keempat, saya tak check sendiri akaun FOREX itu. Sebenarnya, inilah kesilapan yang sering saya buat sebelum ini, dan hasilnya memang mengecewakan. Sebab itu saya namakan article kali ini sebagai First Step, di mana, bagi saya, untuk kehadapan, kita mesti tengok kebelakang untuk tidak mengulangi kesilapan pada waktu yang akan datang. Terima kasih kerana membaca, assalamualaikum dan selamat sejahtera.[TAMAT]
No comments:
Post a Comment