Monday, September 27, 2010

First Step Ep.1

     Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.. Para pembaca sekalian, seperti yang saya ungkapkan di dalam article saya yang sebelum ni, pendek kata boleh disimpulkan sebagai 'Mara Kehadapan'. Ini semua boleh terjadi selepas saya kenalpasti pelbagai aspek yang dapat membantu usaha saya untuk berjaya. Tetapi, walaupun saya hendak kedepan, tak bermakna saya tak boleh tengok kebelakang. Bagi saya, untuk kehadapan, saya mesti tahu apa yang telah terjadi di belakang. Jadi, kali ini saya akan ceritakan perkara-perkara yang berada di belakang saya supaya anda semua tahu, apa yang menolak saya untuk kehadapan.

     Pada hampir 3-4 tahun yang lepas, saya adalah seorang pengusaha MLM (Multi-Level-Marketing). Seperti kebanyakan MLMer yang lain, saya kelihatan agak berada. Keperluan bidang ini ialah, kita kena nampak kaya walaupun pada hakikatnya kita tak kaya. Di sinilah kesilapan pertama saya di mana saya hidup seperti seorang yang banyak duit walaupun saya takdelah banyak sangat duit. Keadaan ini akhirnya membuatkan kehidupan saya bertambah susah kerana terpaksa membelanjakan lebih banyak duit daripada yang saya hasilkan. Akhirnya, bukan saja saya kehilangan duit, saya juga turut kehilangan sahabat, keluarga dan orang yang tersayang. Pada masa itu, saya boleh diibaratkan seperti sudahlah jatuh ditimpa tangga.

     Setelah menjadi keseorangan, saya pun mula balik kepada keluarga saya dan tinggal bersama mereka. Apa yang saya terkejut di sini ialah mereka memaafkan saya walaupun saya telah melakukan kesalahan demi kesalahan yang telah membawa darurat kepada mereka. Jadi, saya pun cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk tebus balik kesalahan-kesalahan saya. Kebetulan, pada masa yang sama, rakan yang senasib dengan saya(walaupun tak seteruk saya) cuba untuk menstabilkan diri sendiri. Saya pun yang pada masa itu telah ketandusan idea, cuba mengikut rentaknya yang sangat mahir dengan perniagaan yang berunsurkan internet ni. Saya short-formkan rakan saya ni kepada IM(Internet-Markerter). Saya memang terkejut dengan kepakaran IM dalam bidang itu. Tetapi, pada suatu hari, dia telah belajar untuk berniaga dengan platform FOREX(Foreign-Exchange), dimana dia boleh dapat untung dengan memperdagangkan matawang. Dia memang seorang yang genius kerana dia telah menguasai sepenuhnya teknik-teknik yang diperlukan dalam masa sebulan dan pada masa yang sama telah mendapat untung sebanyak sekali ganda daripada modal yang diletaknya.

     Pada suatu hari, dia pernah berkata "kalaulah aku ada modal RM10,000.00 memang untung besar hari-hari". Saya pun dengan perasaan yang tertarik, bertanya kepadanya kenapa dia berkata demikian. Setelah berjam-jam menerangkan kepada saya(maklumlah,saya ni pun bukan pandai sangat) akhirnya dengan otak yang benak ni saya faham juga. Saya bertanya kepadanya "kalau betul boleh untung besar, aku cari duit tu. Aku takde duit banyak camtu, tapi aku rase aku boleh cari, tapi betul ke boleh?". Dia pun meyakinkan saya sekali lagi dan berkata bahawa nak berkongsi keuntungan dan bayar balik duit yang saya cari tu. Projection keuntungan tu terlampau banyak untuk saya biarkan sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkan modal itu. Jadi, dengan focus yang baru, saya plan untuk mencari sumber untuk RM10,000.00 itu. Dalam kepala saya hanya ada keluarga saya sahaja kerana dengan situasi dan keadaan saya ini amatlah susah bagi saya untuk approach orang lain bagi mendapatkan duit sebanyak itu. Hampir sebulan saya cuba meyakinkan mereka akan keberkesanan FOREX itu. Dan, seperti yang saya harapkan, mereka bersetuju untuk meminjamkan duit tersebut. Tetapi yang paling menyedihkan saya ialah, duit itu datang daripada hasil gadaian emas Mak dan MakNgah saya. Untuk saya menerima duit itu adalah satu tugas yang berat kerana emas-emas itu semua adalah emas yang mereka sangat sayang dan ada yang emas pusaka. Tapi, saya keraskan hati dan mengambil semua wang tersebut kerana saya tahu, dengan FOREX, emas-emas tersebut boleh ditebus semula.

     Tanpa berlengah lagi, saya terus kerumah IM dan sekali lagi bertanya kepadanya "betul ke benda ni boleh buat untung?". Dia pun membalas "confirm untung, kau jangan bimbang. Kita akan tebus balik emas tu. Apa-apa yang terjadi, kita tanggung sama-sama. Kalau modal banyak camni, memang untung besar". "IM, kalau kau suruh aku main FOREX ni, memang aku tak reti. Tapi apa yang aku tau, aku boleh cari modal untuk kau main" kata saya sebelum menyerahkan duit itu kepadanya. Pada petang itu juga kami ke Ampang untuk mendepositkan duit itu kedalam akaun FOREX. Selama sebulan prestasi IM sangat-sangat memberansangkan sehingga pernah sehari kami memperoleh untung sebanyak USD1000. Tapi, dia berkata bahawa untuk tidak mengeluarkan keuntungan kerana hendak mendapatkan untung yang lebih besar. Memang betul kata-katanya itu dan saya pun turuti untuk bersabar dan mengaut untung yang lebih besar. Keluarga saya turut gembira apabila saya menceritakan hal ini dan mereka hanya berkata kepada saya supaya membayar bunga emas yang telah digadaikan. Saya pun bertanya,"berapa bunga emas tu MakNgah?". Dan setelah berbincang, saya diberitahu bahawa kadar bunga untuk emas itu ialah sebanyak 30% sebulan bersamaan lebih kurang RM3000.00. Jumlah itu agak banyak, tetapi apabila dibandingkan dengan keuntungan yang kami bakal terima, jumlah itu menjadi kecil saja...[BERSAMBUNG]

    

No comments:

Post a Comment