Saturday, September 4, 2010

Flash Back Ep. 1

Assalamualaikum kepada anda semua yang masih lagi membaca. Maafkan saya disebabkan blog saya yang bercelaru ni. Saya pun sebenarnya agak baru dalam penulisan blog ni, jikalau anda tak keberatan, silalah komen untuk saya improve lagi hasil tulisan saya ini. Seperti yang saya janjikan pada artikel sebelum ini, saya akan mula menyambung kisah yang terjadi kepada saya sebelum ini.

Seperti yang kebanyakan anda jangka, saya dan partner saya dapat memulakan perniagaan shisha kami di Downtown Cheras, akhirnya. Kami sangat beruntung kerana dapat berniaga di sana kerana Sham dan Eddie langsung tidak mengenakan kami sebarang sewa. Mereka hanya ingin menolong untuk memajukan perniagaan kami. Perniagaan yang mereka lakukan pun bukan calang-calang. Mereka menyediakan kemudahan tempat letak barang bagi peniaga-peniaga yang berniaga di Downtown. Apabila Downtown beroperasi, kedai atau stor mereka akan menjadi kosong antara pukul 8 p.m sehingga 5 a.m. Jadi, mereka pun membenarkan kami berniaga di situ dan mereka siap sediakan tempat untuk kami simpan barang-barang shisha kami. Alangkah bersyukurnya kami apabila mereka ingin membeli flavor untuk kami tetapi sebagai ganti, kami kena buat shisha untuk mereka. Tapi kami tidak kisah, lagipun flavor-flavour yang ada pada kami pada masa itu telah habis. Modal untuk ‘rolling’ pun kami takde. Semuanya habis digunakan. Ini memanglah satu peluang yang baik untuk kami kerana semuanya seolah-olah telah disediakan.

Jadi bermulalah kisah kami berniaga shisha tanpa sebarang keraguan,haha. Tiap-tiap hari kami akan bertolak bertiga, saya,Epi dan seorang lagi rakan kami yang sentiasa membantu kami sejak hari pertama kami buka shisha, Awey. Sambutan di sana agak memberansangkan kerana tiap-tiap hari,selama dua minggu berturut-turut pelanggan datang. Maknanya ada sales lah setiap hari. Kami rasa gembira sangat.Hilang penat disebabkan keadaan yang begini best. Tetapi, setelah hamper sebulan berniaga,kami dapati hari yang paling ramai pelanggan adalah hari Khamis, Jumaat, Sabtu. Yang paling best sekali,walaupun di situ ada lagi 2 kedai shisha yang lain,pelanggan kami selalu cakap yang shisha kami ni lebih sedap dari yang di sebelah sana. Bukan nak membangga diri, tapi kami betul-betul gembira dengan pengiktirafan yang diberikan.

Setiap hari kami akan bertolak dari Shah Alam ke Downtown pada pukul 8.30. Nasib baik ada duit sales, bolehlah kami menggunakannya untuk mengisi minyak dan tol. Tapi kami hanya menggunakan maksimum RM15 untuk sehari sebagai kos perjalanan. Di sebabkan ada ‘fixed cost’ yang sebegini, kami mula mencari jalan untuk mengurangkan kos. Walaupun sedikit, tapi bila dah dapat untung nak kena bahagi dua lagi, menyebabkan untung kami sedikit. Jadi kami memerlukan satu cara yang dapat menjimatkan kos perjalanan kami. Kebetulan pula, pada suatu hari tu Sham dan Eddie memerlukan seorang pemandu ‘forklift’. Yang paling memranjatkan saya ialah, Awey sangat pandai memandu ‘forklift’. Jadi dia pun diambil bekerja di situ. Ini sangat menjimatkan kami, kerana Awe akan dapat menjaga kedai Sham dan Eddie dan juga dapat menjaga kedai kami dalam masa yang sama. Selepas itu, saya dan Epi pun membuat keputusan untuk datang sekali seminggu. Ini juga berturutan dengan peluang kerja yang baru sahaja diterima oleh Epi. Maknanya, dia bakal mempunyai komitmen dalam bidang pekerjaan dan tidak boleh meluangkan masa seperti sebelum ini. Ini bererti bahawa saya akan pergi mengunjungi shisha seorang diri setiap hari. Bukan apa, takkanlah saya nak biarkan Awey seorang diri, saya pun mesti turut membantu kan..[BERSAMBUNG..]

1 comment:

  1. salam bro, sy pun ada berminat nak buka bisnes shisha ni tapi tiada pengalaman. Sy masih belajar di Pahang, sy nampak potensi shisha ni boleh run sebab sini ramai student and sini takda lagi shisha. Boleh tak share mcm mana nak start semuanya ni?

    ReplyDelete