Sunday, September 12, 2010

Alhamdulillah


     Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang sedang membaca. Hari ini saya berasa sungguh berbangga kerana sepupu saya sudah selamat menjalankan majlis pertunangannya dengan sempurna pada hari ini. Boleh dikatakan hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami sepanjang tahun ini. Saya pun dapat belajar sedikit sebanyak tentang menjalankan majlis tunang kerana majlis ini berlaku kepada sepupu saya yang paling dekat. Jadi saya pun berpeluang untuk turut terlibat dalam majlis tersebut.

     Gambar di sebelah ini adalah gambar yang pertama saya ambil dan ini lah satu-satunya gambar yang saya ambil. Bukan ape, cuma saya hanya mempunyai cameraphone yang sangat lambat response nya. Sedih kan,huhu. Tapi, apabila saya snap aje camera saya, macam-macam yang bermain di fikiran saya.

     Saya, seperti juga insan-insan normal yang lain,juga pernah berangan-angan mahu bertunang. Pernah juga suatu ketika ada seseorang yang memiliki hati ini. Seperti juga insan yang lain, saya juga sangat-sangat menyayangi beliau, kerana beliaulah kekasih pertama saya(pada umur 22 tahun tau). Saya menyangkakan bahawa perhubungan kami akan berkekalan sampai bila-bila. Jadi, bermula pada hari itu, saya mula mengumpul duit untuk atleast membina ikatan bersama beliau, iaitu bertunang. Saya ingin menjadikannya satu kejutan untuk beliau dan berharap agar semuanya berjalan lancar. Tapi, hendak dipendekkan cerita, keadaan hidup kami menjadi tidak menentu dan memaksa saya menggunakan duit hasil saya kumpul untuk bertunang dengannya. Tidak lama selepas itu, bermacam-macam perkara yang terjadi, dan akhirnya kami terpaksa memadamkan gelaran kekasih kami.  Tiada dendam terhadap saya kepada beliau dan saya harap beliau akan terus hidup gembira bersama sesiapa sahaja yang berdamping dengannya. Macam tak percayakan, dalam masa tak sampai sesaat, semua perkara yang telah lepas boleh datang dan bermain difikiran saya dan itulah yang berlaku, malah banyak lagi yang saya tak dapat ungkapkan dengan kata-kata.

     Walaubagaimanapun, saya sentiasa percaya, jika kita sentiasa berusaha dan berdoa, Allah akan memberikan jalan kepada kita. Samada jalan yang kita mahukan atau tidak, yang penting Dia tahu bahawa jalan yang diberikan itu adalah yang terbaik untuk kita. Apa-apa pun, saya akan sentiasa berusaha, berusaha dan berusaha. Semoga Allah akan membalas segala doa dan usaha ini suatu hari nanti. Insya Allah...

No comments:

Post a Comment