Waktu : 5.07 pagi
Status : Miskin dan Single
Duit Dalam Poket : RM100
Hendak dijadikan cerita, ada seorang kenalan saya ni, yang saya memang kenal seperti saya kenal diri saya sendiri. Saya akan namakan dia Mohd A, untuk merahsiakan identitinya yang sebenar. Sebelum itu, biar saya menceritakan sedikit tentang diri mamat ini dulu. [Flashback]Dia dahulunya seorang 'nerd' yang selalu duduk di dalam rumah. Dunianya hanyalah internet dan barang-barang mainannya. Daripada zaman sekolahnya hingga ke zaman Universitinya, dia belum pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan pun. Sampailah suatu masa,(lebih kurang 3 tahun sebelum ini) di mana dia ni mencebur perniagaan yang saya lakukan ketika itu. Dia mempunyai ramai kawan perempuan. Pada masa itu, dia memang seorang leader yang hebat dalam group kami (Ya, dulu saya dan dia buat MLM, kantoi gak last skali).
Dengan kuasa tuhan, dia ditemukan dengan seorang perempuan bernama Nur H. Memang mereka ni sedang sibuk bercinta pada masa itu. Seorang Upline dan seorang lagi Downline. Saya rasa gembira melihat kawan saya itu berubah menjadi lebih gembira dan tidak kesunyian.Tapi saya melihat ada satu masalah disitu; dia terlampau sanggup memberikan Nur H segala-galanya, hinggakan lebih daripada apa yang dia mampu. Tetapi mungkin saya terlampau fikir negatif. Saya kenal Mohd A tu. Dia seorang yang selalu main-main, tetapi dalam soal kehidupan, dia memang serius. Terkejut juga sebab dia boleh sayang seorang perempuan sehingga begitu.
Pernah juga saya ingin menasihatinya, tetapi saya rasa tak perlu. Kerana saya fikirkan yang mereka (Mohd A dan Nur H) serius. Mereka masing-masing telah mengenali keluarga masing-masing. Memang seriuslah hubungan mereka ketika itu. Saya pun rasa syok tengok mereka bercinta. Apabila kita membuat satu perniagaan, turun naik adalah biasa. Ditakdirkan tuhan, perniagaan kami jatuh, dan (saya fokuskan kepada Mohd A dan Nur H) mereka pun mempunyai masalah kewangan. Mereka berdua cuba untuk menurunkan taraf kehidupan mereka. Maklumlah, sebelum ni senang, boleh kesana kesini. Tapi sekarang, nak makan pun kena berkongsi. Ketika itu Mohd A memang tidak mempunyai pekerjaan dan Nur H pun masih belajar di sebuah Universiti yang popular di Malaysia.
Terpaksalah si A ni bekerja dan tak kira bagaimanapun dia kena menghasilkan duit untuk menyara kehidupan mereka berdua. Jadi, dia bekerja dengan kawan sampai outstation keluar negeri sebagai pembantu sementara. Tetapi gaji dia tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka berdua. Dia terpaksa meminjam dan meminjam. Tak tahu berapa banyak duit yang telaj dipinjamnya. Pinjaman bank sebelum ini masih belum habis bayar lagi. Bayangkan kehidupan mereka ketika itu. Memang menyedihkan, tetapi saya memang tak boleh nak bantu, kerana nasib saya pun sama seperti mereka.
Pernah saya bertanya kepada Mohd A "kau tak minta tolong dari family Nur H ke?". "Eh, macam mana aku dapat duit pun dia tak tahu. Inikan nak minta tolong kat family dia", jawabnya. "Jadi, dia tak taulah sumber duit yang ko bagi kat dia ni?", saya tanyakan kepada dia. "Buat ape nak inform dia? Aku tak nak dia susah hati. Aku nak dia fokus belajar. Aku nak dia dapat degree, bukan macam aku, berenti sekerat jalan. Aku nak dia berjaya, sebab tu aku sanggup berikan segalanya kat dia supaya dia boleh berjaya nanti", jawabnya yang berbaur soalan. "Ye lah, atleast dia tahu kesukaran yang kau hadapi ni. Ko pinjam sana, pinjam sini, kerja macam-macam pekerjaan yang aku pun tak sanggup nak buat. Ko kena bagitahu dia semua ni", jawab saya. "Ah! Aku tak kisahlah. Janji dia bersama dengan aku tak kira susah dan senang. Aku just perlukan dia kat sebelah aku dan aku boleh lakukan segala-galanya. Dia dah jadi semangat dalam diri aku. Takkan aku nak susahkan kepala dia dengan problem aku? Dia pun dah cukup susah dengan problem dia. Tugas aku adalah untuk menyenangkan dia bukan susahkan dia. Ko faham tak?", katanya dengan melenting. Dia memang sensitif kalau saya cuba menyentuh tentang hubungan mereka. Tapi ada betul dalam kata-katanya tadi.
Belum pernah saya berjumpa dengan seorang lelaki begini. Dia seorang yang begitu percayakan pasangannya dan sanggup memberikan apa jua yang diminta walaupun dalam keadaan begitu. Saya faham perasaan dia, memang faham. Tapi apakan daya, saya tak dapat nak tolong lebih selain daripada menasihatkan dia.[Present]Pada hari ini, dia dah tidak kelihatan bersama Nur H, kerana mereka dah berpisah. Dia masih sepeti dulu, hutang sana sini, tetapi hidupnya ada sedikit kemajuan kerana dia mempunyai beberapa perniagaan kecil-kecilan yang mendatangkan duit. Dia sering bertanya kepada saya "Kenapa nasib aku begini? Kenapa baik yang aku buat, balasan yang begini aku dapat?". Seperti biasa jawapan saya "Ko tu yang baik sangat. Lain kali ko buat baik kat orang yang reti mengenang budi. Tapi ko tak tau kan sape yang reti mengenang budi? Sebab tu lah orang selalu cakap 'Buat baik berpada-pada".
Mungkin nukilan ni macam merepek sedikit, tetapi inilah pengalaman saya. Saya cuma ceritakan dari pengalaman saya sahaja. Jadi para pembaca sekalian, tak salah kalau kita hendak berbuat baik, tapi janganlah melampau dan menyusahkan diri sendiri. Ikutlah kemampuan diri sendiri kerana bukan semua orang akan menghargai kita seperti yang kita harapkan. Mungkin hanya untuk mempergunakan kita, mungkin. Belajar hargai diri sendiri sebelum kita hargai orang lain. Seperti kisah kawan saya tadi, dia memang tak hargai diri sendiri. Dia terlampau hargai Nur H. Saya pun tak pasti sebab mereka berpisah, lagipun saya tak mahu tahu. Tapi dengan kisah cinta yang begitu, saya tak rasa mereka akan berpisah, tetapi berpisah. Kesimpulannya di sini, berbuatlah baik tapi berpada-padalah atau kamu sendiri yang akan rugi. Sekian, terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum..
huhuhuhu aku kenal ba mereka ne..aku pun penah tegur jg c mohd.A tpi x masuk...but x pa..never give up buat baik even org balas jahat sbb kebaikan tu akan dibalas baik juga..tpi mungkin x disedari mcm mna betuk kebaikan tu dtg...
ReplyDeletetu la..mmg kesian pun..tapi skng ni dgr kata dia tgh berusaha nk jadi lagi bagus..xtau lah kan..tgk je lah apa hasilnya nnti.jgn hangat2 taik ayam sudah la..
ReplyDelete