Tiba-tiba, datang seorang regular customer saya memesan shisha. Saya pun memutuskan talian telefon dan terus pergi membuat sebotol shisha. Maklumlah, baru tak sampai seminggu buka gerai, terpaksalah kejar sales. Seperti biasa, dia memesan shisha berperisa Apple Mint. Setelah selesai menyediakan order pelanggan itu, saya pun buat sebotol lagi untuk saya sendiri, sementara nak menunggu kawan saya tiba di situ. Boleh dikatakan hampir 2 jam saya menunggu, dia masih belum tiba. Pelanggan yang datang tadi pun telah pulang semuanya. Saya pun memutuskan untuk menutup gerai saya. Dengan rasa berat hati, saya pun mula menutup gerai. Bukannya apa, saya cuma takut dia akan sampai setelah saya balik. Tapi kalau ada apa-apa hal, mesti dia akan call kan.
Sambil mengemas, kadang-kadang saya melihat handhone saya, takut-takut ada mesej. Tapi tiada pun, nak call dia, kredit saya pun macam tidak membenarkan. Semasa sedang dalam 90% proses pengemasan selesai, saya ternampak bayangan kereta yang warnanya cukup saya kenal. Saya terus melihat pemandunya, dan susuknya saya rasakan macam pernah lihat. Di sebabkan waktu malam dan cerminnya 'tinted', jadi saya tidak dapat lagi memastikan siapa pemandunya. Terus saya melihat nombor platenya.
Ya, tak salah lagi. Itulah kereta yang saya pernah gunakan untuk menjalankan perniagaan saya. Kereta Produa Kelisa yang bewarna 'metalic gray' itulah yang pernah menjadi kenderaan untuk saya mencari rezeki bersama seorang wanita yang pernah bertakhta di hati saya suatu masa dulu (dan masih lagi sampai sekarang). Kereta itu jugalah yang telah menyebabkan saya dapat menyempurnakan tugas sebagai seorang insan yang digelar anak, kawan, dan kekasih dan dapat menyalurkan rezeki kepada mereka yang berkenaan.Memang terlampau banyak kenangan yang bermain diminda saya semasa itu sehinggakan saya tak perasan 'Dia' telah meletakkan keretanya di ruangan letak kereta. Pintu kereta pun terbuka, dan kelibat yang disinari cahaya lampu jalan pun keluar dan melihat ke arah saya. Memang tak salah lagi, dialah orangnya..(bersambung)

No comments:
Post a Comment