Waktu : 4.40 p.m.
Status : Bujang dan miskin sume cukup lah
Duit Dalam Poket : RM21 (belum bayar hutang Eda lagi)
Pada malam itu, kami pun bertolak dengan menaiki kereta saya (Baby Kelly, haha). Walaupun dengan keadaan kewangan kami yang agak sempit, kami akhirnya sampai di tempat yang disebutkan (sesat-sesatlah jugak,hehe). RASTA; tertulis di papan tempat itu. Memang besar tempatnya. Saya baru saja tengok kawasan luar belum lagi kawasan dalam. Saya agak gerun jugak nak masuk ke sana sebab duit dalam poket ada berapa aje ni. Takkan saya nak melangut aje kat dalam tu, kerana saya dapat merasakan yang benda-benda yang dijual di sana agak boleh tahan harganya, walaupun saya belum menengok menunya. Tapi tak pe lah. Saya tetap meneruskan langkah. Bagi saya, kalo takde duit,pesan lah benda-benda yang kita mampu kan. Dalam keadaan saya yang begini, saya rasa air sejuk je lah jawabnye. Saya pun mencari RASTA Khemah, di mana kawan-kawan Eppie duduk. Sejurus saya masuk je dalam RASTA Khemah, saya berasa hairan. Memang kawasan itu kelihatan seperti khas untuk orang lepak lama-lama. Ada sofa malas dan meja kecil dan siap ada shisha lagi. Keadaan dalam kawasan tu juga macam rilex je. Tidak terlampau gelap dan juga tidak terlampau terang. Kami pun bersalam dengan kawan Eppie. Ada dua orang. 'Jay', saya memberitahu mereka nama saya. 'Eddie', kata kawannya yang tinggi sedikit. 'Sham', kata yang lagi seorang itu.
Saya ni mungkin jenis yang mesra dengan semua orang kot,hehe. Walaupun baru sahaja berkenalan, saya dan mereka boleh bersembang dan melawak macam dah lama kenal. Mereka berdua memang kelakar. Selepas beberapa ketika ketawa..sedang asyik ketawa, Eddie betanya kepada Eppie,' Hang bole buat shisha yang cmni tak?'. 'Kalau belajaq kat tukang chai dia boleh la', jawab abg Eppie. Lalu Sham pun berkata,' Kami nak ajak hang bukak Shisha kat depan kedai kami, kat Downtown Cheras'. Keadaan jadi diam seketika dan saya dan Eppie pun berpandangan antara satu sama lain. Kami meminta supaya mereka memberikan kami masa dalam sehari untuk berfikir tentang offer itu. Yelah,kami pun baru aje dapat tapak di kedai mamak sebelum ini dan belum start pun lagi. Tetapi dalam kepala saya berfikir, 'Downtown tu.....'.
bkn ke rasta tu tmpt org lepak tgok bola? yg gerai kat situ kebanyakannya name azim? eq: Azim's Shisha,etc..
ReplyDeleteAda gak yg tengok bola kat situ..pastu,kat rasta khemah tu yg ramai org lepak..isap shisha.
ReplyDeleteTokey dia nama Azim,tu yg bnyk nama azim kat situ.