Status : Single dan miskin lagi..huhu
Duit dalam poket : RM25 (duit Eda belum bayar lagi)
Tibanya 5hb, hari yang sangat saya dan Eppie nanti-nantikan kerana kami boleh buka gerai shisha di Restoran Al-Immthiyaz, seksyen 18, Shah Alam. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami macam gembira aje kan? Begini, kedai itu adalah kedai mamak (seperti yang saya bagitau dalam episod sebelum ini), dan kebiasaannya kedai mamak memang ramai pelanggan. Kami pun sedang mencari kawasan perniagaan yang tidak bergantung kepada pelajar sangat. Maklumlah,bulan-bulan seperti ini memang cuti semester bagi kebanyakan IPTA. Jadi, di restoran itu adalah tempat yang paling sesuai buat masa ini untuk kami mencuba market shisha di situ. Lagipun, sebelum kami, memang ada satu kumpulan anak muda yang membuka gerai shisha. Tetapi, atas sebab yang kami pun tak tahu kenapa, mereka sudah tidak berniaga lagi. Apa-apa pun sebabnya, kami tak kisah. Kami akan sahut cabaran!
Pada malam itu,tepat pukul 10.00 malam, kami bergerak ke seksyen 18 di mana restoran itu berada. Dengan menaiki kereta Persona saya yang saya gelarkan Baby Kelly (kerana nombor platenya BKL ####), saya pun berderas ke destinasi. Perasaan kami memang gembira sekali. Rasa macam inilah tempatnya. Di situlah lubuk emas kami. Sesampainya kami di sana, mata saya meliar melihat ke arah cashier kedai itu. Disebabkan management dah bertukar, jadi pekerja-pekerja yang ada di sana pun memang lain daripada sebelum ini. Tapi tak apelah, yang penting kami dapat berniaga di sini. Belum sempat saya melangkah lagi, saya berfikir..'aku ni datang nak mintak berniaga kat sini, belum confirm lagi mamak tu bagi lagi'. Terus saya mengalihkan pandangan saya terhadap Eppie dan aweknya, Santie. Tak sampai hati saya nak mengucapkan apa yang terlintas di fikiran saya kerana itu pasti akan merosakkan mood dan harapan mereka. Saya terus kuatkan semangat dan berkata dalam hati 'Apa yang terjadi pun, aku mesti dapatkan tapak kat sini'. Saya terus melanggkah ke arah cashier itu bersama Eppie. Kami bersalaman dan tanpa membuang masa lagi, saya terus meluahkan apa yang tersimpan dalam kepala saya. 'Hari tu kitorang datang tanya pasal nak jual shisha kat sini. Tapi orang hari tu suruh datang 5hb..',belum sempat saya menghabiskan pertanyaan saya, mamak itu terus berkata,'Can you speak English? I don't understand Malay'.
Saya terus tercengang di situ sebab memang saya terkejut mamak ni minta saya bertutur dalam bahasa Inggeris. Dah la saya ni memang tak berapa nak pandai cakap dalam bahasa tu. Saya pun terus menarik nafas dan berfikir apa yang hendak saya tuturkan.'We came here last month asking to open Shisha stall here but the other fella told us to come today. That's why we came', dengap tergagap-gagap sebernarnya saya bertanya kepada mamak tu. 'Oh..you must ask our manager,wait here, I'll go get him', dia pun berlalu sambil menjerit dalam bahasanya(saya pun tak pasti bahasa apa yang dia cakap,hehe). Sekejap aje selepas itu, datang seorang mamak yang kecil sedikit, berambut kerinting dan bermisai agak tebal, sebijik macam Borat. Kami bersalaman dan memperkenalkan diri kami. Mustafa rupa-rupanya namanya. Kami pun bertanya tetang perkara tadi kepadanya. Dia terus membenarkan kami membuka shisha, tetapi dia memberi satu syarat yang agak berat untuk kami buat.
'Boleh kalau kamu nak jual shisha sini, tapi kamu kena bayar sewa lah', katanya. 'Berapa?', tanya saya.'RM700. Tapi kamu kena bayar sekali dengan deposit. Kita buat one-plus-one. So, RM1400 lah yang kamu kena bayar kalau nak jual shisha di sini', kata Mustafa. Saya pun memandang Eppie dan pada waktu yang sama dia pun memandang ke arah saya. Kami masing-masing faham situasi kami yang tak berapa nak ada duit ni. Lagipun,sebelum ini, semua tempat yang kami berniaga shisha, tak pernah mengenkan sebarang cas terhadap kami. Ini kali pertama. Itu yang kami agak terkejut. Tapi, di sebabkan keinginan hati saya, saya terus berfikir bagaimana untuk berniaga di situ secara percuma,mungkin untuk seketika, kerana kami pun tak tau bagaimana hasil jualan kami selepas ini. Kami pun belum pasti lagi hasil jualan di situ, takkan nak bayar dahulu. Kami bukan menjual makanan yang memang akan ada orang oeder tiap-tiap hari.Belum sempat saya nak buka mulut terus Eppie berkata,'Apa kata you bagi kitorang try test market kat sini dulu dalam sebulan-dua? Macam mana?'.
Bijak juga Eppie bertanya soalan begitu. Mustafa pun memegang dagunya, dan mengerutkan dahinya seolah-olah sedapng berfikir sesuatu.'Kalau sebulan memang tak boleh la bang. Tapi kalau seminggu, saya boleh bagi', jawabnya. Saya dan Eppie berpandangan antara satu sama lain dan kami masing-masing menganggukkan kepala.'Ok.', jawab Eppie.'Bila kami boleh start?', tanya saya pula.'Esok pun kamu dah boleh start. Tapi saya bagi masa 2 hari lah untuk kamu start. Kalau kamu tak datang dalam 2 hari, saya offer kepada orang lain pulak lah.',kata Mustafa. 'Kitorang start dalam 2 hari lagi boleh? sebab nak settlekan barang-barang yang dah habis dan nak angkat barang-barang yang ada kat kedai(Restoran Day & Nite Circle).', tanya saya. 'No problem', jawab Mustafa.
Kami pun bersalaman dan berterima kasih kepada Mustafa kerana memberi kami berniaga di sini. Dengan perasaan gembira bercampur puas, kami pun melangkah pergi dari situ. Dalam kepala saya sibuk memikirkan tentang apa yang hendak dibeli esok. Saya memutuskan untuk membuat senarai apabila tiba di rumah. Tiba-tiba, telefon Eppie berdering. 'Ok,Ok,esok aku confrimkan ngan hang balik macamana', kata Eppie kepada si pemanggil. Pada masa itu, saya tak kisah sangat pasal dia. Nak tanya, nanti dia cakap penyibuk. Baik saya diam. Lagipun, saya tak sabar tunggu hari esok sebab nak beli barang-barang shisha yang dah habis. Dan pada hari berikutnya, akan bermulalah pengalaman kami berniaga di kedai mamak..Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment