Hendak dijadikan cerita, selama hampir 3 bulan yang lepas, saya dan rakan-rakan saya dikejutkan dengan 'pembiyaan peribadi'. Mula-mula tu, saya takdelah hairan sangat, buat 'cool' aje, sebab dulu pun saya dah biasa sangat dah dengan pembiyaan peribadi atau lebih dikenali dengan 'personal loan' ni. Kawan kami, kita panggil dia Roy lah ye, dia telah mendapat orang yang boleh 'menguruskan' loan ni. Tapi, apa yang menarik tentang orang ini, dia bukan sahaja boleh menguruskan sahaja, malah boleh meluluskan lagi tuh. Tu yang menarik minat saya sesangat tuh! Siap tak perlu slip gaji atau pun apa dokumen yang kebiasaannye diperlukan untuk buat loan. Just perlukan salinan kad pengenalan dengan deposit RM1000. Duit yang boleh dipinjam memcecah kepada RM300k, WOW!!
Jadi dalam kepala kami semua dah terbayang-bayang dah nak buat apa dengan duit tu. Tapi bagi saya, kalau lah saya dapat atleast RM100k, huish..semua hutang-hutang saya dengan kawan-kawan saya boleh saya lunaskan siap bagi hadiah lagi sebab sabar menunggu saya. Dah lah habis bayar hutang, saya siap boleh buat lagi bisnes kecil-kecilan atau pun conventional business(bukan MLM ar,dah serik,huhu). Tak sampai 2 hari berlalu, kami dah readykan benda-benda yang diperlukan. Saya pun tak tau dari mana semangat saya datang sehinggakan saya boleh cari RM1000 dalam masa sehari setengah! Yang paling penting buat saya ialah loan tu lepas. Tibalah hari yang dinantikan, iaitu hari penyerahan dokumen, kawan saya tu cakap nak jumpa, tapi selepas berjam-jam kami tunggu dia, siap sempat melihat matahari dan bulan, baru dia sampai di tempat yang kami tunggu tu lah.
Si Roy ni pun kawan kami jugak. Tapi dialah yang ada lubang loan tu, sebab orang yang uruskan loan tu ialah kawan dia. Roy suruh hold dulu dokumen dan duit kami masing-masing. Katanya ada sedikit komplikasi yang berlaku. Dia cakap yang orang-orang yang boleh kawtim kan loan tu dah banyak yang dipindahkan ke cawangan lain. Jadi, pekerja-pekerja baru dilantik di posisi orang-orang yang boleh kawtim ni. Jadi, kawan si Roy ni mintak berikan masa untuk dia berbincang dengan rakan-rakan setugasnya yang baru ni. Ye lah, takut semuanya 'goodboy' kan, susah lah nak buat kerja kan?hehe..
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan pulak dah nak masuk 3 bulan kami menunggu, masih tiada berita yang memberansangkan. Roy pun mengambil keputusan untuk tidak mahu menunggu lagi dan dia pun pergi mencari lubang-lubang loan yang lain. Disitulah pengembaraan Roy sebagai ajen loan bermula. Saya pulak? Hari-hari saya berangan-angan bahawa saya dapat bayar semua duit yang saya pinjam, dapat apa yang say nak beli, dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Disebabkan angan-angan ini lah, saya pun memulakan pengembaraan atau JOURNEY saya sebagai seorang saudagar PHERO-X...
Nantikan ketibaannya tak lama lagi di www.melankolihidupku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment