Monday, September 27, 2010

First Step Ep.1

     Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.. Para pembaca sekalian, seperti yang saya ungkapkan di dalam article saya yang sebelum ni, pendek kata boleh disimpulkan sebagai 'Mara Kehadapan'. Ini semua boleh terjadi selepas saya kenalpasti pelbagai aspek yang dapat membantu usaha saya untuk berjaya. Tetapi, walaupun saya hendak kedepan, tak bermakna saya tak boleh tengok kebelakang. Bagi saya, untuk kehadapan, saya mesti tahu apa yang telah terjadi di belakang. Jadi, kali ini saya akan ceritakan perkara-perkara yang berada di belakang saya supaya anda semua tahu, apa yang menolak saya untuk kehadapan.

     Pada hampir 3-4 tahun yang lepas, saya adalah seorang pengusaha MLM (Multi-Level-Marketing). Seperti kebanyakan MLMer yang lain, saya kelihatan agak berada. Keperluan bidang ini ialah, kita kena nampak kaya walaupun pada hakikatnya kita tak kaya. Di sinilah kesilapan pertama saya di mana saya hidup seperti seorang yang banyak duit walaupun saya takdelah banyak sangat duit. Keadaan ini akhirnya membuatkan kehidupan saya bertambah susah kerana terpaksa membelanjakan lebih banyak duit daripada yang saya hasilkan. Akhirnya, bukan saja saya kehilangan duit, saya juga turut kehilangan sahabat, keluarga dan orang yang tersayang. Pada masa itu, saya boleh diibaratkan seperti sudahlah jatuh ditimpa tangga.

     Setelah menjadi keseorangan, saya pun mula balik kepada keluarga saya dan tinggal bersama mereka. Apa yang saya terkejut di sini ialah mereka memaafkan saya walaupun saya telah melakukan kesalahan demi kesalahan yang telah membawa darurat kepada mereka. Jadi, saya pun cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk tebus balik kesalahan-kesalahan saya. Kebetulan, pada masa yang sama, rakan yang senasib dengan saya(walaupun tak seteruk saya) cuba untuk menstabilkan diri sendiri. Saya pun yang pada masa itu telah ketandusan idea, cuba mengikut rentaknya yang sangat mahir dengan perniagaan yang berunsurkan internet ni. Saya short-formkan rakan saya ni kepada IM(Internet-Markerter). Saya memang terkejut dengan kepakaran IM dalam bidang itu. Tetapi, pada suatu hari, dia telah belajar untuk berniaga dengan platform FOREX(Foreign-Exchange), dimana dia boleh dapat untung dengan memperdagangkan matawang. Dia memang seorang yang genius kerana dia telah menguasai sepenuhnya teknik-teknik yang diperlukan dalam masa sebulan dan pada masa yang sama telah mendapat untung sebanyak sekali ganda daripada modal yang diletaknya.

     Pada suatu hari, dia pernah berkata "kalaulah aku ada modal RM10,000.00 memang untung besar hari-hari". Saya pun dengan perasaan yang tertarik, bertanya kepadanya kenapa dia berkata demikian. Setelah berjam-jam menerangkan kepada saya(maklumlah,saya ni pun bukan pandai sangat) akhirnya dengan otak yang benak ni saya faham juga. Saya bertanya kepadanya "kalau betul boleh untung besar, aku cari duit tu. Aku takde duit banyak camtu, tapi aku rase aku boleh cari, tapi betul ke boleh?". Dia pun meyakinkan saya sekali lagi dan berkata bahawa nak berkongsi keuntungan dan bayar balik duit yang saya cari tu. Projection keuntungan tu terlampau banyak untuk saya biarkan sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkan modal itu. Jadi, dengan focus yang baru, saya plan untuk mencari sumber untuk RM10,000.00 itu. Dalam kepala saya hanya ada keluarga saya sahaja kerana dengan situasi dan keadaan saya ini amatlah susah bagi saya untuk approach orang lain bagi mendapatkan duit sebanyak itu. Hampir sebulan saya cuba meyakinkan mereka akan keberkesanan FOREX itu. Dan, seperti yang saya harapkan, mereka bersetuju untuk meminjamkan duit tersebut. Tetapi yang paling menyedihkan saya ialah, duit itu datang daripada hasil gadaian emas Mak dan MakNgah saya. Untuk saya menerima duit itu adalah satu tugas yang berat kerana emas-emas itu semua adalah emas yang mereka sangat sayang dan ada yang emas pusaka. Tapi, saya keraskan hati dan mengambil semua wang tersebut kerana saya tahu, dengan FOREX, emas-emas tersebut boleh ditebus semula.

     Tanpa berlengah lagi, saya terus kerumah IM dan sekali lagi bertanya kepadanya "betul ke benda ni boleh buat untung?". Dia pun membalas "confirm untung, kau jangan bimbang. Kita akan tebus balik emas tu. Apa-apa yang terjadi, kita tanggung sama-sama. Kalau modal banyak camni, memang untung besar". "IM, kalau kau suruh aku main FOREX ni, memang aku tak reti. Tapi apa yang aku tau, aku boleh cari modal untuk kau main" kata saya sebelum menyerahkan duit itu kepadanya. Pada petang itu juga kami ke Ampang untuk mendepositkan duit itu kedalam akaun FOREX. Selama sebulan prestasi IM sangat-sangat memberansangkan sehingga pernah sehari kami memperoleh untung sebanyak USD1000. Tapi, dia berkata bahawa untuk tidak mengeluarkan keuntungan kerana hendak mendapatkan untung yang lebih besar. Memang betul kata-katanya itu dan saya pun turuti untuk bersabar dan mengaut untung yang lebih besar. Keluarga saya turut gembira apabila saya menceritakan hal ini dan mereka hanya berkata kepada saya supaya membayar bunga emas yang telah digadaikan. Saya pun bertanya,"berapa bunga emas tu MakNgah?". Dan setelah berbincang, saya diberitahu bahawa kadar bunga untuk emas itu ialah sebanyak 30% sebulan bersamaan lebih kurang RM3000.00. Jumlah itu agak banyak, tetapi apabila dibandingkan dengan keuntungan yang kami bakal terima, jumlah itu menjadi kecil saja...[BERSAMBUNG]

    

Saturday, September 25, 2010

The Journey Begins...

     Assalamualaikum kepada anda semua dan salam Satu Malaysia. Setiap perjalanan ada permulaannya. Jadi, izinkan saya untuk menjadikan detik ini sebagai permulaan bagi perjalanan saya ini. Tapi adakah pengalaman-pengalaman saya selama ini bukan perjalanan? Tentulah tidak. Ia juga adalah perjalanan, tetapi ia adalah perjalanan di mana sepatutnya saya lalui dengan masa yang singkat, dan saya mengambil masa yang terlampau panjang. Selama 3 tahun saya menderita bergelut dengan kisah-kisah silam yang sepatutnya saya lupakan dalam masa yang sekejap. 

     Sebenarnya, saya ni frust menonggeng. Tapi saya tak dapat terima keadaan itu. Semua kerja yang saya buat adalah dengan separuh hati saja. First Love kan. Expectation yang saya letakkan terlampau tinggi terhadap hubungan tu. Bile expectation tinggi, macam-macam lah yang saya sanggup lakukan untuk hubungan tu menjadi. Manalah tau, rupa-rupanya tak berhasil. Tu yang saya tak dapat terima tu. Selama 3 tahun tu saya cuba mengejar apa yang nampaknye tak mungkin saya dapat kejar. Tapi saya sentiasa berharap dan berangan. Sekarang barulah saya nampak, bila kita kejar sesuatu yang kita dah takkan dapat, kita tak ke mana sebenarnya. Macam anjing cuba gigit ekor sendiri lah. Berpusing-pusing sampailah dia penat. 

     Tetapi sebagai manusia yang telah dikurniakan akal(dan takde ekor,hehe), takkan lah tak boleh berfikir kan. Jadi, saya dah buat keputusan untuk menjadikan detik ini sebagai detik terakhir untuk saya meninggalkan segalanya yang berada dibelakang, dan mula memandang kehadapan. Sebab saya lelaki dan saya bukannya pengalah! Kali ini, semua benda yang saya buat adalah untuk saya sendiri, dan bukan untuk orang lain. Semoga Allah memberkati perjalan saya. And now, the Journey begins..

Wednesday, September 22, 2010

Kesimpulan Buat Masa Sekarang..

     Asslamualaikum kepada para pembaca sekalian..Mulai pada hari ini, saya akan menceritakan perjalanan hidup saya sehingga ke bila-bila. Dalam Flashback2 yang lepas maybe saya ada terlupa nak ceritakan ssecara detail. Jadi, saya ada buat sedikit summary kat sini.

Kereta : Proton Iswara (iye, yang lama tu. kaler merah tau)
Duit     : Memang cukup2 aje
Hutang : Banyak lagi nak kena bayar, tapi jangan bimbang, berani hutang, berani tanggung.
Rumah : Duduk rumah Ayah dan Ibu lah, takyah bayar sewa
Pekerjaan : Agen loan (sesape nak buat personal loan, silalah hubungi saya ye)
Bisnes : Jual perfume

     Basically, anda sume tahu lah camne keadaan hidup saya sekarang ini. Daripada ringkasan yang saya buat ni, mesti anda ada sedikit pandangan terhadap kehidupan saya. Tapi, macamanapun, saya akan tetap berusaha. Yelah,sape nak kat lelaki yang poket kering macam saya ni betol tak. Perempuan pun tak tengok kalo dah macam ni gaya nye. Tapi saya akan pastikan perkara ini tidak akan berterusan. Saya akan menggunakan segala peluang yang ada untuk menaik taraf kehidupan saya. Dengan bantuan rakan-rakan yang ikhlas ingin membantu dah usaha, insyaallah, sesiapa pun boleh berjaya, amin..

Sunday, September 12, 2010

Alhamdulillah


     Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang sedang membaca. Hari ini saya berasa sungguh berbangga kerana sepupu saya sudah selamat menjalankan majlis pertunangannya dengan sempurna pada hari ini. Boleh dikatakan hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami sepanjang tahun ini. Saya pun dapat belajar sedikit sebanyak tentang menjalankan majlis tunang kerana majlis ini berlaku kepada sepupu saya yang paling dekat. Jadi saya pun berpeluang untuk turut terlibat dalam majlis tersebut.

     Gambar di sebelah ini adalah gambar yang pertama saya ambil dan ini lah satu-satunya gambar yang saya ambil. Bukan ape, cuma saya hanya mempunyai cameraphone yang sangat lambat response nya. Sedih kan,huhu. Tapi, apabila saya snap aje camera saya, macam-macam yang bermain di fikiran saya.

     Saya, seperti juga insan-insan normal yang lain,juga pernah berangan-angan mahu bertunang. Pernah juga suatu ketika ada seseorang yang memiliki hati ini. Seperti juga insan yang lain, saya juga sangat-sangat menyayangi beliau, kerana beliaulah kekasih pertama saya(pada umur 22 tahun tau). Saya menyangkakan bahawa perhubungan kami akan berkekalan sampai bila-bila. Jadi, bermula pada hari itu, saya mula mengumpul duit untuk atleast membina ikatan bersama beliau, iaitu bertunang. Saya ingin menjadikannya satu kejutan untuk beliau dan berharap agar semuanya berjalan lancar. Tapi, hendak dipendekkan cerita, keadaan hidup kami menjadi tidak menentu dan memaksa saya menggunakan duit hasil saya kumpul untuk bertunang dengannya. Tidak lama selepas itu, bermacam-macam perkara yang terjadi, dan akhirnya kami terpaksa memadamkan gelaran kekasih kami.  Tiada dendam terhadap saya kepada beliau dan saya harap beliau akan terus hidup gembira bersama sesiapa sahaja yang berdamping dengannya. Macam tak percayakan, dalam masa tak sampai sesaat, semua perkara yang telah lepas boleh datang dan bermain difikiran saya dan itulah yang berlaku, malah banyak lagi yang saya tak dapat ungkapkan dengan kata-kata.

     Walaubagaimanapun, saya sentiasa percaya, jika kita sentiasa berusaha dan berdoa, Allah akan memberikan jalan kepada kita. Samada jalan yang kita mahukan atau tidak, yang penting Dia tahu bahawa jalan yang diberikan itu adalah yang terbaik untuk kita. Apa-apa pun, saya akan sentiasa berusaha, berusaha dan berusaha. Semoga Allah akan membalas segala doa dan usaha ini suatu hari nanti. Insya Allah...

Saturday, September 11, 2010

Flash Back Ep. 2

     [SAMBUNGAN]     Setelah itu, saya pun mencuba berulang-alik pada setiap hari. Kali ini, saya masih dengan rutin harian yang sama, iaitu menggunakan maksima RM15 untuk digunakan dalam perjalanan. Awey pula, telah mendapat tempat tinggal di Cheras dan dia semakin hari semakin pandai membuat shihsa, malah lebih sedap daripada saya. Demi untuk menambahkan lagi untung, saya pun membuat keputusan untuk mengunjungi shisha dengan kurang kerap iaitu dalam 2 minggu sekali. Saya pun menyerahkan bekas duit kepada Awey untuk dia simpan selepas menjual shisha. Keputusan ini memberikan saya banyak masa untuk mengerjakan sesuatu benda yang lain pulak, maklumlah, malam saya dah free, hehe.Jadi, saya pun start planning untuk buat bisnes kecil-kecilan.

     Hendak dipendekkan cerita, perniagaan shisha kami bukannya tak menghasilkan untung, tetapi untung yang kami dapat tu tidaklah seperti apa yang kami harapkan. Jadi, kami pun membuat keputusan untuk menutup shisha kami. Epi pun menyimpan semula botol-botol shisha di cawangan pertamanya iaitu di Bun-D Bistro & Cafe bersama rakan kongsinya, Amer. Saya pula, menyambungkan semula bisnes yang telah agak lama saya tinggalkan dan berharap serta berdoa agar bisnes ini masih boleh berjalan. Tetapi kali ini, saya buat secara berseorangan...[TAMAT]

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitrie..

Selamat...Hari...Raya...deng deng deng... Itulah lagu yang sering kita dengar setelah tibanya syawal..Eh,terlupa pulak nak bagi salam,sebelum apa-apa hal, assalamualaikum kepada anda semua yang sedang membaca blog saya ni. Ketika ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua. Setelah sebulan kita berpuasa,walaupun sambil bekerja,time-time macam ni lah kita nak menjamu selera dan keluar melawat atau menziarahi rakan-rakan atau saudara-saudara tak kira jauh atau dekat kan..

Kebanyakan orang menyambut hari raya dengan penuh gembira,betul tak? Ada yang balik ke kampung dan ada yang tidak. Tetapi nak diingatkan juga kepada yang kurang bernasib baik seperti yang kita dengar dan lihat dalam berita baru-baru ini. Ada yang menyambut hari raya tanpa ayah, ibu, atau anak. Bagi saya pula, pada tahun ini, pada hari raya kali ini, tak semeriah hari raya yang sebelum ini. Bukannye ape, saya tak balik kampung dan beraya bersama keluarga di Shah Alam. Jadi, tak dapatlah saya bertemu dengan saudara-saudara saya yang jauh. Biasanya saya akan balik,tapi disebabkan nenek sebelah ayah baru sahaja meninggal dunia, dan nenek sebelah emak pula datang ke Shah Alam, tu yang tak balik tu. Sebenarnya, pada bulan 8 tahun lepas lagi saya dah pasang niat nak balik kampung dengan memandu kereta saya. Bukannye ape,nak tunjuk kat Opah saya. Tapi hajat saya tak kesampaian, dia meninggal pada awal tahun ini..

Walaubagaimanapun, saya masih ada saudara sebelah emak di sini(ramai yang menetap di Shah Alam sebenarnya,hehe). Maknenye, raya kali ini takdelah sesunyi seperti yang saya fikirkan. Bila difikirkan semula, nasib saya ni sebenarnya tak lah buruk, sebab saya masih lagi berkemampuan untuk beraya bersama dengan ahli keluarga dan saudara-saudara saya walaupun tak semuanya dapat saya jumpa. Ramai lagi orang yang tak bernasib baik dan kalau boleh nak berada di tempat saya. Saya rasa sangat-sangat bersyukur kepada Allah s.w.t yang maha Esa kerana mengurniakan Hari Raya kepada saya. Amin...

Saturday, September 4, 2010

Flash Back Ep. 1

Assalamualaikum kepada anda semua yang masih lagi membaca. Maafkan saya disebabkan blog saya yang bercelaru ni. Saya pun sebenarnya agak baru dalam penulisan blog ni, jikalau anda tak keberatan, silalah komen untuk saya improve lagi hasil tulisan saya ini. Seperti yang saya janjikan pada artikel sebelum ini, saya akan mula menyambung kisah yang terjadi kepada saya sebelum ini.

Seperti yang kebanyakan anda jangka, saya dan partner saya dapat memulakan perniagaan shisha kami di Downtown Cheras, akhirnya. Kami sangat beruntung kerana dapat berniaga di sana kerana Sham dan Eddie langsung tidak mengenakan kami sebarang sewa. Mereka hanya ingin menolong untuk memajukan perniagaan kami. Perniagaan yang mereka lakukan pun bukan calang-calang. Mereka menyediakan kemudahan tempat letak barang bagi peniaga-peniaga yang berniaga di Downtown. Apabila Downtown beroperasi, kedai atau stor mereka akan menjadi kosong antara pukul 8 p.m sehingga 5 a.m. Jadi, mereka pun membenarkan kami berniaga di situ dan mereka siap sediakan tempat untuk kami simpan barang-barang shisha kami. Alangkah bersyukurnya kami apabila mereka ingin membeli flavor untuk kami tetapi sebagai ganti, kami kena buat shisha untuk mereka. Tapi kami tidak kisah, lagipun flavor-flavour yang ada pada kami pada masa itu telah habis. Modal untuk ‘rolling’ pun kami takde. Semuanya habis digunakan. Ini memanglah satu peluang yang baik untuk kami kerana semuanya seolah-olah telah disediakan.

Jadi bermulalah kisah kami berniaga shisha tanpa sebarang keraguan,haha. Tiap-tiap hari kami akan bertolak bertiga, saya,Epi dan seorang lagi rakan kami yang sentiasa membantu kami sejak hari pertama kami buka shisha, Awey. Sambutan di sana agak memberansangkan kerana tiap-tiap hari,selama dua minggu berturut-turut pelanggan datang. Maknanya ada sales lah setiap hari. Kami rasa gembira sangat.Hilang penat disebabkan keadaan yang begini best. Tetapi, setelah hamper sebulan berniaga,kami dapati hari yang paling ramai pelanggan adalah hari Khamis, Jumaat, Sabtu. Yang paling best sekali,walaupun di situ ada lagi 2 kedai shisha yang lain,pelanggan kami selalu cakap yang shisha kami ni lebih sedap dari yang di sebelah sana. Bukan nak membangga diri, tapi kami betul-betul gembira dengan pengiktirafan yang diberikan.

Setiap hari kami akan bertolak dari Shah Alam ke Downtown pada pukul 8.30. Nasib baik ada duit sales, bolehlah kami menggunakannya untuk mengisi minyak dan tol. Tapi kami hanya menggunakan maksimum RM15 untuk sehari sebagai kos perjalanan. Di sebabkan ada ‘fixed cost’ yang sebegini, kami mula mencari jalan untuk mengurangkan kos. Walaupun sedikit, tapi bila dah dapat untung nak kena bahagi dua lagi, menyebabkan untung kami sedikit. Jadi kami memerlukan satu cara yang dapat menjimatkan kos perjalanan kami. Kebetulan pula, pada suatu hari tu Sham dan Eddie memerlukan seorang pemandu ‘forklift’. Yang paling memranjatkan saya ialah, Awey sangat pandai memandu ‘forklift’. Jadi dia pun diambil bekerja di situ. Ini sangat menjimatkan kami, kerana Awe akan dapat menjaga kedai Sham dan Eddie dan juga dapat menjaga kedai kami dalam masa yang sama. Selepas itu, saya dan Epi pun membuat keputusan untuk datang sekali seminggu. Ini juga berturutan dengan peluang kerja yang baru sahaja diterima oleh Epi. Maknanya, dia bakal mempunyai komitmen dalam bidang pekerjaan dan tidak boleh meluangkan masa seperti sebelum ini. Ini bererti bahawa saya akan pergi mengunjungi shisha seorang diri setiap hari. Bukan apa, takkanlah saya nak biarkan Awey seorang diri, saya pun mesti turut membantu kan..[BERSAMBUNG..]

Friday, September 3, 2010

Mohon Maaf...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada anda semua terutama kepada anda yang sering mengunjungi blog ini kerana sudah lama tidak menulis. Terdapat beberapa factor yang menyebabkan saya tidak mampu untuk berbuat demikian. Antara sebab-sebabnya ialah kesibukan yang teramat sangat. Tetapi kali ini tujuan saya menulis bukan kerana ingin memberikan anda semua alasan, tetapi saya ingin menyambung semula kerja saya yang telah terbengkalai lama dan disamping itu juga, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda, yang sudi membaca. Saya harap saya tidak akan membosankan anda dengan ‘The Journey’ ini.

Mungkin ada yang tidak mahu tahu, tetapi sekiranya anda pembaca, mungkin juga anda mahu tahu. Itulah dilema yang bermain difikiran saya sewaktu sedang menulis artikel atau cerita kali ini. Setelah betul-betul memikirkannya, saya bercadang akan menceritakan kejadian yang berlaku kepada saya dalam tempoh ‘kehilangan’ saya ini. Keputusan ini datang apabila saya terfikir “kalau diorang tak nak tahu,mesti diorang tak baca. Jadi, orang orang yang membaca ni mestilah orang yang nak tahu”. Itulah yang membuatkan saya meneruskan dengan keputusan tersebut. Lagipun, kalo saya tak cerita, agak cacat jugalah blog saya ni. Ye lah, tiba-tiba je skip, macam ada lubang kosong pulak. Jadi, terima kasih kerana sudi mendengar penjelasan saya yang panjang lebar ni dan saya harap anda semua terus membaca artikel yang bakal saya tuliskan selepas ini. Sekian..