Thursday, May 13, 2010

Pilihan..

Waktu : 4.40 p.m.
Status : Bujang dan miskin sume cukup lah
Duit Dalam Poket : RM21 (belum bayar hutang Eda lagi)


Sehari sebelum kami memulakan perniagaan di Restoran Al-Immthiyaz, kami telah di ajak oleh kawan-kawan Eppie ke satu tempat di TTDI. Sebelum ini, kawan-kawan Eppie pernah mengunjungi cawangan shisha pertamanya di Bun-D Bistro & Cafe di seksyen 7 Shah Alam. Mereka pernah merasa Shisha yang dibuat di situ. Jadi, mereka pun mengajak Eppie ke TTDI untuk pekena shisha di sana pula. Rupa-rupanya, merekalah yang menelefon Eppie pada hari itu. Eppie pun mengajak saya ikut bersamanya ke sana. Mengenangkan kedai kami pun masih belum beroperasi kerana ada barang yang belum dibeli lagi, saya pun bersetuju. Lagipun apa salahnya nak berkenalan dengan kawan-kawan Eppie kan. Walaupun saya rasa agak segan, tapi pada saya lebih ramai kita kenal orang, lebih bagus kerana kita tak tau lagi kebaikan yang mungkin akan dibawa oleh seseorang itu kepada kita.

Pada malam itu, kami pun bertolak dengan menaiki kereta saya (Baby Kelly, haha). Walaupun dengan keadaan kewangan kami yang agak sempit, kami akhirnya sampai di tempat yang disebutkan (sesat-sesatlah jugak,hehe). RASTA; tertulis di papan tempat itu. Memang besar tempatnya. Saya baru saja tengok kawasan luar belum lagi kawasan dalam. Saya agak gerun jugak nak masuk ke sana sebab duit dalam poket ada berapa aje ni. Takkan saya nak melangut aje kat dalam tu, kerana saya dapat merasakan yang benda-benda yang dijual di sana agak boleh tahan harganya, walaupun saya belum menengok menunya. Tapi tak pe lah. Saya tetap meneruskan langkah. Bagi saya, kalo takde duit,pesan lah benda-benda yang kita mampu kan. Dalam keadaan saya yang begini, saya rasa air sejuk je lah jawabnye. Saya pun mencari RASTA Khemah, di mana kawan-kawan Eppie duduk. Sejurus saya masuk je dalam RASTA Khemah, saya berasa hairan. Memang kawasan itu kelihatan seperti khas untuk orang lepak lama-lama. Ada sofa malas dan meja kecil dan siap ada shisha lagi. Keadaan dalam kawasan tu juga macam rilex je. Tidak terlampau gelap dan juga tidak terlampau terang. Kami pun bersalam dengan kawan Eppie. Ada dua orang. 'Jay', saya memberitahu mereka nama saya. 'Eddie', kata kawannya yang tinggi sedikit. 'Sham', kata yang lagi seorang itu.

Saya ni mungkin jenis yang mesra dengan semua orang kot,hehe. Walaupun baru sahaja berkenalan, saya dan mereka boleh bersembang dan melawak macam dah lama kenal. Mereka berdua memang kelakar. Selepas beberapa ketika ketawa..sedang asyik ketawa, Eddie betanya kepada Eppie,' Hang bole buat shisha yang cmni tak?'. 'Kalau belajaq kat tukang chai dia boleh la', jawab abg Eppie. Lalu Sham pun berkata,' Kami nak ajak hang bukak Shisha kat depan kedai kami, kat Downtown Cheras'. Keadaan jadi diam seketika dan saya dan Eppie pun berpandangan antara satu sama lain. Kami meminta supaya mereka memberikan kami masa dalam sehari untuk berfikir tentang offer itu. Yelah,kami pun baru aje dapat tapak di kedai mamak sebelum ini dan belum start pun lagi. Tetapi dalam kepala saya berfikir, 'Downtown tu.....'.

Wednesday, May 12, 2010

Tempat Baru..

Waktu : 9.41 a.m.
Status : Single dan miskin lagi..huhu
Duit dalam poket : RM25 (duit Eda belum bayar lagi)

Tibanya 5hb, hari yang sangat saya dan Eppie nanti-nantikan kerana kami boleh buka gerai shisha di Restoran Al-Immthiyaz, seksyen 18, Shah Alam. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami macam gembira aje kan? Begini, kedai itu adalah kedai mamak (seperti yang saya bagitau dalam episod sebelum ini), dan kebiasaannya kedai mamak memang ramai pelanggan. Kami pun sedang mencari kawasan perniagaan yang tidak bergantung kepada pelajar sangat. Maklumlah,bulan-bulan seperti ini memang cuti semester bagi kebanyakan IPTA. Jadi, di restoran itu adalah tempat yang paling sesuai buat masa ini untuk kami mencuba market shisha di situ. Lagipun, sebelum kami, memang ada satu kumpulan anak muda yang membuka gerai shisha. Tetapi, atas sebab yang kami pun tak tahu kenapa, mereka sudah tidak berniaga lagi. Apa-apa pun sebabnya, kami tak kisah. Kami akan sahut cabaran!

Pada malam itu,tepat pukul 10.00 malam, kami bergerak ke seksyen 18 di mana restoran itu berada. Dengan menaiki kereta Persona saya yang saya gelarkan Baby Kelly (kerana nombor platenya BKL ####), saya pun berderas ke destinasi. Perasaan kami memang gembira sekali. Rasa macam inilah tempatnya. Di situlah lubuk emas kami. Sesampainya kami di sana, mata saya meliar melihat ke arah cashier kedai itu. Disebabkan management dah bertukar, jadi pekerja-pekerja yang ada di sana pun memang lain daripada sebelum ini. Tapi tak apelah, yang penting kami dapat berniaga di sini. Belum sempat saya melangkah lagi, saya berfikir..'aku ni datang nak mintak berniaga kat sini, belum confirm lagi mamak tu bagi lagi'. Terus saya mengalihkan pandangan saya terhadap Eppie dan aweknya, Santie. Tak sampai hati saya nak mengucapkan apa yang terlintas di fikiran saya kerana itu pasti akan merosakkan mood dan harapan mereka. Saya terus kuatkan semangat dan berkata dalam hati 'Apa yang terjadi pun, aku mesti dapatkan tapak kat sini'. Saya terus melanggkah ke arah cashier itu bersama Eppie. Kami bersalaman dan tanpa membuang masa lagi, saya terus meluahkan apa yang tersimpan dalam kepala saya. 'Hari tu kitorang datang tanya pasal nak jual shisha kat sini. Tapi orang hari tu suruh datang 5hb..',belum sempat saya menghabiskan pertanyaan saya, mamak itu terus berkata,'Can you speak English? I don't understand Malay'.

Saya terus tercengang di situ sebab memang saya terkejut mamak ni minta saya bertutur dalam bahasa Inggeris. Dah la saya ni memang tak berapa nak pandai cakap dalam bahasa tu. Saya pun terus menarik nafas dan berfikir apa yang hendak saya tuturkan.'We came here last month asking to open Shisha stall here but the other fella told us to come today. That's why we came', dengap tergagap-gagap sebernarnya saya bertanya kepada mamak tu. 'Oh..you must ask our manager,wait here, I'll go get him', dia pun berlalu sambil menjerit dalam bahasanya(saya pun tak pasti bahasa apa yang dia cakap,hehe). Sekejap aje selepas itu, datang seorang mamak yang kecil sedikit, berambut kerinting dan bermisai agak tebal, sebijik macam Borat. Kami bersalaman dan memperkenalkan diri kami. Mustafa rupa-rupanya namanya. Kami pun bertanya tetang perkara tadi kepadanya. Dia terus membenarkan kami membuka shisha, tetapi dia memberi satu syarat yang agak berat untuk kami buat.

'Boleh kalau kamu nak jual shisha sini, tapi kamu kena bayar sewa lah', katanya. 'Berapa?', tanya saya.'RM700. Tapi kamu kena bayar sekali dengan deposit. Kita buat one-plus-one. So, RM1400 lah yang kamu kena bayar kalau nak jual shisha di sini', kata Mustafa. Saya pun memandang Eppie dan pada waktu yang sama dia pun memandang ke arah saya. Kami masing-masing faham situasi kami yang tak berapa nak ada duit ni. Lagipun,sebelum ini, semua tempat yang kami berniaga shisha, tak pernah mengenkan sebarang cas terhadap kami. Ini kali pertama. Itu yang kami agak terkejut. Tapi, di sebabkan keinginan hati saya, saya terus berfikir bagaimana untuk berniaga di situ secara percuma,mungkin untuk seketika, kerana kami pun tak tau bagaimana hasil jualan kami selepas ini. Kami pun belum pasti lagi hasil jualan di situ, takkan nak bayar dahulu. Kami bukan menjual makanan yang memang akan ada orang oeder tiap-tiap hari.Belum sempat saya nak buka mulut terus Eppie berkata,'Apa kata you bagi kitorang try test market kat sini dulu dalam sebulan-dua? Macam mana?'.

Bijak juga Eppie bertanya soalan begitu. Mustafa pun memegang dagunya, dan mengerutkan dahinya seolah-olah sedapng berfikir sesuatu.'Kalau sebulan memang tak boleh la bang. Tapi kalau seminggu, saya boleh bagi', jawabnya. Saya dan Eppie berpandangan antara satu sama lain dan kami masing-masing menganggukkan kepala.'Ok.', jawab Eppie.'Bila kami boleh start?', tanya saya pula.'Esok pun kamu dah boleh start. Tapi saya bagi masa 2 hari lah untuk kamu start. Kalau kamu tak datang dalam 2 hari, saya offer kepada orang lain pulak lah.',kata Mustafa. 'Kitorang start dalam 2 hari lagi boleh? sebab nak settlekan barang-barang yang dah habis dan nak angkat barang-barang yang ada kat kedai(Restoran Day & Nite Circle).', tanya saya. 'No problem', jawab Mustafa.

Kami pun bersalaman dan berterima kasih kepada Mustafa kerana memberi kami berniaga di sini. Dengan perasaan gembira bercampur puas, kami pun melangkah pergi dari situ. Dalam kepala saya sibuk memikirkan tentang apa yang hendak dibeli esok. Saya memutuskan untuk membuat senarai apabila tiba di rumah. Tiba-tiba, telefon Eppie berdering. 'Ok,Ok,esok aku confrimkan ngan hang balik macamana', kata Eppie kepada si pemanggil. Pada masa itu, saya tak kisah sangat pasal dia. Nak tanya, nanti dia cakap penyibuk. Baik saya diam. Lagipun, saya tak sabar tunggu hari esok sebab nak beli barang-barang shisha yang dah habis. Dan pada hari berikutnya, akan bermulalah pengalaman kami berniaga di kedai mamak..Alhamdulillah..

Sunday, May 9, 2010

Sesak...

Waktu : 7.25 a.m
Status : bujang dan miskin
Duit dalam poket : RM30 (hutang Eda tak bayar lagi)


Sejak beberapa hari selepas episod yang saya publish sebelum ini adalah hari yang agak kritikal bagi saya. Memandangkan duit di dalam poket yang makin berkurang dan banyak komitmen yang hendak dilaksanakan, saya pun terpaksa meminjam duit daripada kawan-kawan saya. Tapi standardlah, sebelum ini pun banyak hutang saya yang belum saya selesaikan (tapi saya sedang berusaha untuk selesaikan walaupun agak lambat sedikit). Jadi saya terpaksalah meminjam walaupun RM10 untuk survive. Jadi saya pun mula menelefon kawan lama saya, dengan perasaan yang sangat malu dan segan, saya memilih untuk meminjam dari seorang sahabat wanita saya. Dalam cerita kali ini dan seterusnya, saya akan mendedahkan semua nama-nama yang sebenar kerana saya rasa mereka memainkan peranan penting dalam hidup saya. Wanita ini adalah satu-satunya orang yang sangat-sangat memahami masalah saya. Dia mengetahui segala-galanya tentang saya.

Namanya ialah Eda. Kami sering bergaduh kerana dia sering menasihati saya manakala saya tak suka nasihat-nasihatnya itu. Perkara ini menyebabkan saya segan dengan dia. Tapi disebabkan terpaksa, saya pun meminjam RM***.** darinya. Saya meminta melalui YM pada pukul lebih kurang 4 pagi. Saya agak tersentuh kerana dia sudi meminjamkan duit kepada saya walaupun keadaan dia sepatutnya tidak boleh berbuat demikian. Saya berjanji akan membayarnya balik selepas menerima duit darinya.Masalah kekurangan duit ini hasil daripada jualan shisha yang tak konsisten seperti dalam episod sebelum ini(cewaah..).tapi alhamdulillah, pada malam selepas saya pinjam duit daripada Eda, jualan kembali konsisten. Tak memberansangkan, tetapi cukup untuk saya dan partner saya survive.

Sebelum ini(sebelum saya mula menulis blog), kami pernah survey beberapa restoran yang kami rasa berpotensi untuk melakukan shisha kami. Jadi, nak dijadikan cerita, kami pernah pergi ke sebuah restoran bernama Al-Immthiyaz. Kami berjumpa dengan mamak yang bekerja sebagai cashier di sana. Saya pun mula dengan memperkenal kan diri saya dan partner saya, Eppie. Saya pun terus bertanya tentang kebenaran untuk membuka shisha. Mamak itu pun menyuruh kami datang semula pada tarikh 5hb Mei kerana management mereka akan bertukar. Jadi, dengan berbekalkan duit yang saya pinjam daripada Eda dan stall shisha di Restoran Day & Night Circle, kami bertahan...

Sunday, May 2, 2010

Hari Yang kurang Memberansangkan..

Waktu : 2.00 petang
Status : Miskin dan Single dan sakit hati sebab digelar babi tanpa sebab yang munasabah
Duit Dalam Poket : RM90

Hari(1 May 10) ini sama seperti hari-hari yg sebelumnya. Tapi hari ini badan saya masih terasa sakit-sakit lagi akibat bermain futsal secara exreme (exteremelah bagi orang yang jarang bersukan seperti saya, hehe) pada 4 hari yang lepas. Walaupun sakit, malam ini saya sudah plan bersama dengan kawan-kawan hendak pergi bermain lagi. Seperti biasa, pada malam hari, dalam pukul 9.30 malam, saya sudah bergerak pergi ke Restoran Day & Night Circle untuk membuka gerai shisha saya.
Setelah membukanya, saya pun duduk sambil menunggu order daripada customer yang datang. Setelah beberapa lama menunggu, masih tiada order. Saya pun menyiapkan sebotol shisha untuk diri sendiri dengan skill yang saya baru belajar di TTDI. Memang shisha yang saya buat tu betul-betul lain daripada kebiasaan yang saya buat. Saya masih menunggu sambil melihat Manchester City membelasah Aston Villa. Jam menunjukkan pukul 12.07 malam dan masih belum ada customer. Pelanggan restoran tersebut pun agak kurang pada malam ini. Biasanya, atleast saya dapat menjual 3 botol shisha. Tetapi pada malam ini, satu pun tiada.
Setelah berfikir sejenak, baru saya tahu kemungkinan sebab pelanggan kurang pada hari ini disebabkan konsert Double Trouble. Jadi, saya pun tutuplah gerai saya dan perasaan tak sabar-sabar hendak bermain futsal mula menguasai diri. Hari ini adalah hari pertama gerai saya tidak menghasilkan sebarang jualan. Harap-harap esok, dengan keizinan Allah, sales akan ada pada esok hari.Amin