Monday, April 26, 2010

Pertemuan Sekali Lagi [PART II]

Setelah saya dikejutkan oleh panggilan seorang kawan itu, tanpa berlengah, saya pun terus menjawabnya. "Hello, kau kat mane?", dia bertanya. Soalannya agak pelik sedikit bagi saya, kerana dia bekerja di Johor dan sekarang dia telefon saya dan bertanya di manakah saya. Sedangkan dia tahu saya berada di Shah Alam. Jadi, saya pun menganggap yang dia saja-saja bertanya demikian. Saya pun membalas "kat Shah Alam la bro". Tanpa mengharapkan apa persembangan yang lebih lanjut, tiba-tiba dia menjawab "aku pun kat Shah Alam ni. Kau kat seksyen berapa?". Saya agak terkejut kerana memikirkan apa yang dia buat di Shah Alam sedangkan keesokan harinya ialah hari Isnin. Sepatutnya dia berada di Johor dan sedang tidur pada waktu-waktu sebegini kerana dia bekerja. Terus saya jawab "kat seksyen 11 bro, restoran Day & Night Circle ni. Aku bukak shisha kat sini". Dia pun menyuruh saya menunggunya di situ.

Tiba-tiba, datang seorang regular customer saya memesan shisha. Saya pun memutuskan talian telefon dan terus pergi membuat sebotol shisha. Maklumlah, baru tak sampai seminggu buka gerai, terpaksalah kejar sales. Seperti biasa, dia memesan shisha berperisa Apple Mint. Setelah selesai menyediakan order pelanggan itu, saya pun buat sebotol lagi untuk saya sendiri, sementara nak menunggu kawan saya tiba di situ. Boleh dikatakan hampir 2 jam saya menunggu, dia masih belum tiba. Pelanggan yang datang tadi pun telah pulang semuanya. Saya pun memutuskan untuk menutup gerai saya. Dengan rasa berat hati, saya pun mula menutup gerai. Bukannya apa, saya cuma takut dia akan sampai setelah saya balik. Tapi kalau ada apa-apa hal, mesti dia akan call kan.

Sambil mengemas, kadang-kadang saya melihat handhone saya, takut-takut ada mesej. Tapi tiada pun, nak call dia, kredit saya pun macam tidak membenarkan. Semasa sedang dalam 90% proses pengemasan selesai, saya ternampak bayangan kereta yang warnanya cukup saya kenal. Saya terus melihat pemandunya, dan susuknya saya rasakan macam pernah lihat. Di sebabkan waktu malam dan cerminnya 'tinted', jadi saya tidak dapat lagi memastikan siapa pemandunya. Terus saya melihat nombor platenya.

Ya, tak salah lagi. Itulah kereta yang saya pernah gunakan untuk menjalankan perniagaan saya. Kereta Produa Kelisa yang bewarna 'metalic gray' itulah yang pernah menjadi kenderaan untuk saya mencari rezeki bersama seorang wanita yang pernah bertakhta di hati saya suatu masa dulu (dan masih lagi sampai sekarang). Kereta itu jugalah yang telah menyebabkan saya dapat menyempurnakan tugas sebagai seorang insan yang digelar anak, kawan, dan kekasih dan dapat menyalurkan rezeki kepada mereka yang berkenaan.Memang terlampau banyak kenangan yang bermain diminda saya semasa itu sehinggakan saya tak perasan 'Dia' telah meletakkan keretanya di ruangan letak kereta. Pintu kereta pun terbuka, dan kelibat yang disinari cahaya lampu jalan pun keluar dan melihat ke arah saya. Memang tak salah lagi, dialah orangnya..(bersambung)

Sunday, April 25, 2010

Buat Baik Berpada-pada..

Waktu : 5.07 pagi
Status : Miskin dan Single
Duit Dalam Poket : RM100


Assalamualaikum kepada anda semua. Hari ini tiba-tiba saya rasa seperti hendak menulis tentang separuh pepatah melayu yang sering kita dengar; Buat Baik Berpada-pada. Sepanjang kehidupan saya, saya selalu memikirkan 'kenapa kita kena berpada-pada dalam membuat kebaikan? Kan elok kalo kita sentiasa berbuat baik.' Tapi hari ini saya dah dapat jawapannya. Memang betul, kita kena sentiasa berbuat baik. Tapi tahap kebaikan tu biarlah berpada-pada.
Hendak dijadikan cerita, ada seorang kenalan saya ni, yang saya memang kenal seperti saya kenal diri saya sendiri. Saya akan namakan dia Mohd A, untuk merahsiakan identitinya yang sebenar. Sebelum itu, biar saya menceritakan sedikit tentang diri mamat ini dulu. [Flashback]Dia dahulunya seorang 'nerd' yang selalu duduk di dalam rumah. Dunianya hanyalah internet dan barang-barang mainannya. Daripada zaman sekolahnya hingga ke zaman Universitinya, dia belum pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan pun. Sampailah suatu masa,(lebih kurang 3 tahun sebelum ini) di mana dia ni mencebur perniagaan yang saya lakukan ketika itu. Dia mempunyai ramai kawan perempuan. Pada masa itu, dia memang seorang leader yang hebat dalam group kami (Ya, dulu saya dan dia buat MLM, kantoi gak last skali).

Dengan kuasa tuhan, dia ditemukan dengan seorang perempuan bernama Nur H. Memang mereka ni sedang sibuk bercinta pada masa itu. Seorang Upline dan seorang lagi Downline. Saya rasa gembira melihat kawan saya itu berubah menjadi lebih gembira dan tidak kesunyian.Tapi saya melihat ada satu masalah disitu; dia terlampau sanggup memberikan Nur H segala-galanya, hinggakan lebih daripada apa yang dia mampu. Tetapi mungkin saya terlampau fikir negatif. Saya kenal Mohd A tu. Dia seorang yang selalu main-main, tetapi dalam soal kehidupan, dia memang serius. Terkejut juga sebab dia boleh sayang seorang perempuan sehingga begitu.

Pernah juga saya ingin menasihatinya, tetapi saya rasa tak perlu. Kerana saya fikirkan yang mereka (Mohd A dan Nur H) serius. Mereka masing-masing telah mengenali keluarga masing-masing. Memang seriuslah hubungan mereka ketika itu. Saya pun rasa syok tengok mereka bercinta. Apabila kita membuat satu perniagaan, turun naik adalah biasa. Ditakdirkan tuhan, perniagaan kami jatuh, dan (saya fokuskan kepada Mohd A dan Nur H) mereka pun mempunyai masalah kewangan. Mereka berdua cuba untuk menurunkan taraf kehidupan mereka. Maklumlah, sebelum ni senang, boleh kesana kesini. Tapi sekarang, nak makan pun kena berkongsi. Ketika itu Mohd A memang tidak mempunyai pekerjaan dan Nur H pun masih belajar di sebuah Universiti yang popular di Malaysia.
Terpaksalah si A ni bekerja dan tak kira bagaimanapun dia kena menghasilkan duit untuk menyara kehidupan mereka berdua. Jadi, dia bekerja dengan kawan sampai outstation keluar negeri sebagai pembantu sementara. Tetapi gaji dia tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka berdua. Dia terpaksa meminjam dan meminjam. Tak tahu berapa banyak duit yang telaj dipinjamnya. Pinjaman bank sebelum ini masih belum habis bayar lagi. Bayangkan kehidupan mereka ketika itu. Memang menyedihkan, tetapi saya memang tak boleh nak bantu, kerana nasib saya pun sama seperti mereka.

Pernah saya bertanya kepada Mohd A "kau tak minta tolong dari family Nur H ke?". "Eh, macam mana aku dapat duit pun dia tak tahu. Inikan nak minta tolong kat family dia", jawabnya. "Jadi, dia tak taulah sumber duit yang ko bagi kat dia ni?", saya tanyakan kepada dia. "Buat ape nak inform dia? Aku tak nak dia susah hati. Aku nak dia fokus belajar. Aku nak dia dapat degree, bukan macam aku, berenti sekerat jalan. Aku nak dia berjaya, sebab tu aku sanggup berikan segalanya kat dia supaya dia boleh berjaya nanti", jawabnya yang berbaur soalan. "Ye lah, atleast dia tahu kesukaran yang kau hadapi ni. Ko pinjam sana, pinjam sini, kerja macam-macam pekerjaan yang aku pun tak sanggup nak buat. Ko kena bagitahu dia semua ni", jawab saya. "Ah! Aku tak kisahlah. Janji dia bersama dengan aku tak kira susah dan senang. Aku just perlukan dia kat sebelah aku dan aku boleh lakukan segala-galanya. Dia dah jadi semangat dalam diri aku. Takkan aku nak susahkan kepala dia dengan problem aku? Dia pun dah cukup susah dengan problem dia. Tugas aku adalah untuk menyenangkan dia bukan susahkan dia. Ko faham tak?", katanya dengan melenting. Dia memang sensitif kalau saya cuba menyentuh tentang hubungan mereka. Tapi ada betul dalam kata-katanya tadi.
Belum pernah saya berjumpa dengan seorang lelaki begini. Dia seorang yang begitu percayakan pasangannya dan sanggup memberikan apa jua yang diminta walaupun dalam keadaan begitu. Saya faham perasaan dia, memang faham. Tapi apakan daya, saya tak dapat nak tolong lebih selain daripada menasihatkan dia.[Present]Pada hari ini, dia dah tidak kelihatan bersama Nur H, kerana mereka dah berpisah. Dia masih sepeti dulu, hutang sana sini, tetapi hidupnya ada sedikit kemajuan kerana dia mempunyai beberapa perniagaan kecil-kecilan yang mendatangkan duit. Dia sering bertanya kepada saya "Kenapa nasib aku begini? Kenapa baik yang aku buat, balasan yang begini aku dapat?". Seperti biasa jawapan saya "Ko tu yang baik sangat. Lain kali ko buat baik kat orang yang reti mengenang budi. Tapi ko tak tau kan sape yang reti mengenang budi? Sebab tu lah orang selalu cakap 'Buat baik berpada-pada".

Mungkin nukilan ni macam merepek sedikit, tetapi inilah pengalaman saya. Saya cuma ceritakan dari pengalaman saya sahaja. Jadi para pembaca sekalian, tak salah kalau kita hendak berbuat baik, tapi janganlah melampau dan menyusahkan diri sendiri. Ikutlah kemampuan diri sendiri kerana bukan semua orang akan menghargai kita seperti yang kita harapkan. Mungkin hanya untuk mempergunakan kita, mungkin. Belajar hargai diri sendiri sebelum kita hargai orang lain. Seperti kisah kawan saya tadi, dia memang tak hargai diri sendiri. Dia terlampau hargai Nur H. Saya pun tak pasti sebab mereka berpisah, lagipun saya tak mahu tahu. Tapi dengan kisah cinta yang begitu, saya tak rasa mereka akan berpisah, tetapi berpisah. Kesimpulannya di sini, berbuatlah baik tapi berpada-padalah atau kamu sendiri yang akan rugi. Sekian, terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum..

Saturday, April 24, 2010

Pertemuan Sekali Lagi [PART I]

Waktu : 4.08 petang
Status : Miskin dan Single
Duit Dalam Poket : RM200

Dalam beberapa hari ini, sesuatu berlaku kepada diri saya. Saya akan memulakan cerita saya daripada hari kelima kedai shisha saya dibuka (Ye,saya tokey kedai shisha,hehe) di sebuah restoran bernama Day & Night Circle di seksyen 11. Cerita ini bermula pada pukul 9.00 malam. Setelah kami(saya buka gerai bersama kawan saya) selesai set up gerai kami dia sana, saya ternampak bos restoran ini. Sebagai tanda mnghormati beliau, saya pun pergi berjabat tangan dengannya dan bertanya khabar sikit-sikit, nak jaga hati lah konon kerana dia membenarkan kami berniaga di sana tanpa belum mengenakan sebarang bayaran lagi. Sesampainya saya kepada dia, dia terus berkata "Kan saya dah cakap,shisha kat sini memang tak laku", sambil membuat mimik muka yang boleh dikatakan agak berlagak. Spontan saya mengatakan bahawa setiap hari ada order walaupun sedikit(minimum 1 haha).
Rupa-rupanya dia nak beritahu kepada saya yang waktu-waktu begini (8.00-10.00 malam) adalah waktu yang kurang sesuai untuk saya membuka gerai shisha kerana waktu begini adalah waktu untuk kebanyakan keluarga makan malam. Jadi memang beliau tak suka lah kalau saya menganggu pelanggan beliau. Ini disebabkan kami menggunakan ruang yang sepatutnya digunakan oleh beliau. Maksudnya, beliau tak mahu kehilangan pelanggan. Beliau juga menyuruh kami membeli kerusi sendiri untuk kegunaan kami. Orang kanannya juga turut mengatakan "Kalau customer ramai,dan kerusi tak cukup, akak akan halau je sesiape yang duduk atas kerusi tu untuk customer duduk. Adik jangan ambil hati ye..", kepada saya. Menyedari siapa diri saya di situ, saya pun mengiakan dan menurutkan kehendak mereka.

Siapalah saya nak melawan cakap mereka. Mereka bos, saya hanya menumpang niaga di kedai mereka. Akhirnya saya pun setuju untuk membuka gerai pada pukul 10.00 malam. Macam ni lah nasib orang yang meniaga tempat orang lain. Tapi takpelah, dah kedai dia. Selepas itu, saya dikejutkan dengan panggilan telefon. Panggilan daripada seorang yang telah bersama saya bermula dari zaman saya belajar di UTeM lagi. Seorang yang berjaya merubah pemikiran saya daripada kebudak-budakan kepada matang. Seorang yg berjaya merubah kehidupan saya suatu masa dulu. Panggilan daripada seorang lelaki yg saya panggil kawan...(bersambung)

Wednesday, April 21, 2010

Masa Sekarang vs Masa Depan [PART I]

Waktu : 2.43 ptg
Status : Miskin dan Single..
Duit dalam poket : rm30

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin membangkitkan persoalan tentang Masa Sekarang vs Masa Depan; yang mana satu lebih penting? Saya bukan cakap salah satu daripadanya tak penting,tetapi mana satu lebih penting. Sebelum itu,saya hendak beritahu anda semua dari mana datangnya idea untuk topik pada hari ini. Semasa saya bangun dari tidur pada hari ini, saya secara tiba-tiba ter'review' tentang segala-gala yg berlaku dalam hidup saya. Ada pahit dan manis, suka dan duka, jatuh dan bangun, cinta dan benci, dan pelbagai lagi.
[Flashback] Suatu masa dahulu(2 tahun lepas aje,eleh..), saya pernah belajar dan mempunyai empayar perniagaan sendiri. Siap bukan bersendiri tau. Saya mempunyai ramai kawan-kawan yang berpandangan seperti saya dan saya pun mempunyai seorang wanita yg menawan(bagi saya lah) yang sering memberi sokongan yang padu kepada saya. Masa ni perasaan riak, takbur dan bongkak mula menguasai diri.
[Present] Akhirnya terjatuhlah saya di sini. Terjatuh, terlingkup dan kehilangan segala-galanya dan keseorangan. Saya tengok balik diri saya yang sekarang ini, langsung tak sama dengan yang dahulu. Tetapi saya yakin yang saya sekarang lebih matang daripada dahulu. Kesalahan memanglah guru yang paling bagus.
Jadi, saya telah menceritakan pengalaman saya dahulu dan sekarang walaupun tak berapa detail. Sekarang ni saya nak bandingkan masa lepas dan masa sekarang, kelihatan masa lepas tu macam dah tak berapa nak penting kan. Tapi masih penting, kerana tiada masa lepas,tiada masa sekarang. Jadi, apa kaitannya dengan masa depan? Saya akan sambung pada pertemuan kita yang seterus nya dalam Masa Sekarang vs Masa Depan [PART II]. Terima kasih kerana membaca.

TENTANG BLOG INI

Sebenarnya saya telah lama menyimpan hasrat untuk menulis sebuah blog yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain (orang yang membacanya). Tetapi setelah lama kebuntuan mencari idea,akhirnya saya bercadang untuk menulis blog tentang perjalanan hidup saya sendiri yang mana saya rasakan ada saat manis dan pahit. Saya berhasrat untuk berkongsi dengan anda semua tentang perjalanan hidup saya yg saya panggil 'The Journey'. Mungkin terlampau panjang untuk saya ceritakan semua kisah yang telah lalu pada masa ini, tetapi seperti yg saya nyatakan dalam post sebelum ini, saya akan flash back sedikit demi sedikit di dalam proses pembangunan blog ini. Saya sangat-sangat berharap agar 'The Journey' boleh menjadi panduan hidup kepada anda semua. Sekian terima kasih.

TENTANG DIRI SAYA

Assalamualaikum..
Secara ringkasnya, nama saya ialah Jay, berusia 24 tahun. Saya berasal dari Shah Alam, Selangor. Sebelum ni saya sama seperti orang lain,bersekolah dan melanjutkan pelajaran saya sebuah Universiti. Pada ketika ini, saya sibuk menyibukkan diri dalam bidang perniagaan yang bermacam-macam jenis. Banyak lagi tentang diri saya ini kalau hendak diikutkan. Tapi jangan bimbang, saya akan flash back segala-galanya dalam sesi pembangunan blog saya ini.Selamat berkenalan...