Sunday, December 12, 2010

WangCyber sangat Awesome!!


      Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada kawan-kawanku sekalian.. Kenalkah anda akan WangCyber? haa.. kepada yang tak kenal tu,ni saya ada cerita sedikit, sebab saya pun baru je kenal2 dengan WangCyber atau WC ni. Selain daripada social network yang kita kenali seperti Faceboo, Friendster, Myspace, Tagged dan lain-lain, kita juga boleh bersocial di Forum WC ni. Tapi kat WC ni ada kelainannya yang tersendiri.

     Memanglah ia adalah satu Forum dan berbeza daripada social network yang kita kenali. Tapi, dengan
pengalaman saya tetang WC yang sedikit ni, saya rasa di WC saya macam dialu2kan untuk berada disana sedangkan warga-warga WC baru je 1st time tgk nama saya muncul di sana, dan pada ruangan 'Salam Perkenalan' sahaja, saya dah buat ramai kawan. Bukan sahaja kawan tau, tapi kawan yang sanggup memberi tunjuk ajar dan nasihat. Saya berasa cukup bersyukur sebab Sign Up kat WC ni. Setiap hari adalah seperti satu hadiah apabila tengok orang reply post saya. 

     Forum WC ni bukan sahaja mengandungi kawan2 yang sangat mengalu2kan kedatangan members baru, tapi juga penuh dengan informasi-informasi yang tak dapat kita jumpa di kebanyakan web yang biasa kita kunjungi. Bukan itu sahaja, ia juga penuh dengan Sifu2 atau Master2 yang hebat2 yang susah kita nak jumpa. Tapi di WC, segala2nya ada. Saya pun sekarang ni sedang sibuk membelek-belek informasi yang boleh saya gunakan dalam kehidupan untuk menjadi lebih berjaya di WC, dan saya berharap sesiapa yang mungkin nak menimba ilmu dan mencari peluang untuk menjana pendapatan boleh lah cuba mengunjugi WC di www.wangcyber.com dan percaya saya, anda akan rasa beruntung. Sekian dari saya...

Wednesday, December 8, 2010

Permulaan Bisnes Kecil-Kecilan..



     Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.. Baru-baru ini, saya terlibat dalam banyak benda..seperti yang anda semua tahu, tanpa sebarang pendapatan yang tetap, seseorang yang menginginkan sesuatu dalam hidupnya takkan pernah berdiam diri untuk cuba melakukan sesuatu yang bermanfaat. Bukan niat untuk memuji diri-sendiri, tapi orang yang macam saya ni, dah bermacam-macam perniagaan yang saya ceburi dan gagal, confirm-confirm mempunyai hutang keliling pinggang. Jadi, bila hutang dah banyak dan tak dapat nak bayar, apa lagi? Terpaksa menyembunyikan diri..hehe.. Tapi takdelah serius sangat.. Saya still mencari peluang untuk dijayakan supaya saya dapat membayar semula hutang-hutang saya tu, siap saya nak bayar lebih lagi jika berpeluang.

     Hendak dijadikan cerita, selama hampir 3 bulan yang lepas, saya dan rakan-rakan saya dikejutkan dengan 'pembiyaan peribadi'. Mula-mula tu, saya takdelah hairan sangat, buat 'cool' aje, sebab dulu pun saya dah biasa sangat dah dengan pembiyaan peribadi atau lebih dikenali dengan 'personal loan' ni. Kawan kami, kita panggil dia Roy lah ye, dia telah mendapat orang yang boleh 'menguruskan' loan ni. Tapi, apa yang menarik tentang orang ini, dia bukan sahaja boleh menguruskan sahaja, malah boleh meluluskan lagi tuh. Tu yang menarik minat saya sesangat tuh! Siap tak perlu slip gaji atau pun apa dokumen yang kebiasaannye diperlukan untuk buat loan. Just perlukan salinan kad pengenalan dengan deposit RM1000. Duit yang boleh dipinjam memcecah kepada RM300k, WOW!! 

     Jadi dalam kepala kami semua dah terbayang-bayang dah nak buat apa dengan duit tu. Tapi bagi saya, kalau lah saya dapat atleast RM100k, huish..semua hutang-hutang saya dengan kawan-kawan saya boleh saya lunaskan siap bagi hadiah lagi sebab sabar menunggu saya. Dah lah habis bayar hutang, saya siap boleh buat lagi bisnes kecil-kecilan atau pun conventional business(bukan MLM ar,dah serik,huhu). Tak sampai 2 hari berlalu, kami dah readykan benda-benda yang diperlukan. Saya pun tak tau dari mana semangat saya datang sehinggakan saya boleh cari RM1000 dalam masa sehari setengah! Yang paling penting buat saya ialah loan tu lepas. Tibalah hari yang dinantikan, iaitu hari penyerahan dokumen, kawan saya tu cakap nak jumpa, tapi selepas berjam-jam kami tunggu dia, siap sempat melihat matahari dan bulan, baru dia sampai di tempat yang kami tunggu tu lah.

     Si Roy ni pun kawan kami jugak. Tapi dialah yang ada lubang loan tu, sebab orang yang uruskan loan tu ialah kawan dia. Roy suruh hold dulu dokumen dan duit kami masing-masing. Katanya ada sedikit komplikasi yang berlaku. Dia cakap yang orang-orang yang boleh kawtim kan loan tu dah banyak yang dipindahkan ke cawangan lain. Jadi, pekerja-pekerja baru dilantik di posisi orang-orang yang boleh kawtim ni. Jadi, kawan si Roy ni mintak berikan masa untuk dia berbincang dengan rakan-rakan setugasnya yang baru ni. Ye lah, takut semuanya 'goodboy' kan, susah lah nak buat kerja kan?hehe..

     Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan pulak dah nak masuk 3 bulan kami menunggu, masih tiada berita yang memberansangkan. Roy pun mengambil keputusan untuk tidak mahu menunggu lagi dan dia pun pergi mencari lubang-lubang loan yang lain. Disitulah pengembaraan Roy sebagai ajen loan bermula. Saya pulak? Hari-hari saya berangan-angan bahawa saya dapat bayar semua duit yang saya pinjam, dapat apa yang say nak beli, dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Disebabkan angan-angan ini lah, saya pun memulakan pengembaraan atau JOURNEY saya sebagai seorang saudagar PHERO-X...

Nantikan ketibaannya tak lama lagi di www.melankolihidupku.blogspot.com

Tuesday, December 7, 2010

Choice..


     Assalamualaikum kawan-kawan sekalian, minta maaf lah kerana mengambil masa yg agak lama untuk update blog ni. Kebelakangan ni agak busy sikit. Maklumlah, orang yang macam saya ni, takde kerja tetap kan. So, terpaksa kerja macam ayamlah, kais pagi makan pagi lah katakan,hehe. Cakap pasal kehidupan ni, walaupun kehidupan saya ni bukanlah jenis kehidupan yang boleh dibanggakan,hehe, saya rasa bersyukur sangat sebab diberikan peluang untuk hidup di atas muka bumi Tuhan ni sebagai seorang manusia. Mungkin ada antara waktu-waktu di mana saya lebih rela menjadi seekor kucing atau seekor burung disebabkan hal-hal yang tertentu (kecewa mostly,hehe), tapi bak kata pepatah orang putih "ain't gonna be a rainbow without a little rain". Setelah saya menyedari hakikat yang manusia ni dicipta sangat-sangat berlainan daripada ciptaan lain dan apa yang betul-betul membezakan kita daripada ciptaan-Nya yang lain ialah, manusia diberi kuasa untuk MEMILIH.

     Apa yang saya maksudkan disini ialah, kalau saya diberi peluang untuk menganologikan cerita saya untuk memudahkan pemahaman dan penceritaan ialah begini. Tuhan kita, Allah, ialah satu entiti yang sangat-sangat berkuasa dan telah mencipta segala-gala yang berada di dunia ini. Dia juga lah yang membuat hukum-hukum fizik dan segala hukum-hukum alam yang kita terpaksa turuti, seperti hukum graviti, nak tak nak kita akan jatuh lepas melompat kan? Jadi, kita boleh kata yang Allah jugalah yang telah 'memprogramkan' bagaimana seluruh alam ini berfungsi. Bulan akan berputar sambil mengelilingi bumi dan bumi pun begitu sambil menngelilingi matahari.Burung akan terbang mencari makan di waktu pagi dan pulang di waktu petang. Lembu akan makan rumput dan tak pernah teringin nak makan cacing atau pizza. Tumbuh-tumbuhan yang warna hijau takkan boleh tukar warna merah ke pink ke warna-warni ke walaupun diorang teringin sebab jeles tengok bunga orkid.

     Tetapi manusia, walaupun masih termaktub dengan hukum-hukum alam yang Allah telah ciptakan, still berbeza antara satu sama lain. Sebab kita tak diprogramkan macam benda-benda lain yang Allah cipta. Kita boleh makan apa kita nak, pakai apa yang kita nak pakai. Even, ada sesetengah tu yang tak suka dengan muka yang Allah dah bagi kat dia, pun ada pilihan nak buat pembedahan plastik.hehe. So, kat sini manusia telah dianugerahkan, dan pada saya ia adalah seperti tanggungjawab untuk kita umat manusia membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita. Fikir-fikirkanlah tentang consequences yang tercetus akibat choice yang kita buat. Sampai sini sahaja untuk kali ini, Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..