Thursday, October 21, 2010

Best Buddies..

     Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia. Sebenarnya, semasa balik daripada Bun-D Bistro & Cafe tadi, saya terus baring sesudah sampai ke rumah. Sambil itu, saya mengenangkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidup saya yang tak sampai sebulan lagi. Begitu banyak perkara yang berlaku sehinggakan saya tak percaya yang semuanya telah terjadi. Tetapi apa-apa hal pun, saya nak introduce kepada rakan-rakan yang sedang membaca tentang kawan-kawan saya yang menjadi pemangkin untuk saya teruskan perjuangan hidup ini.

Korie : Dia ni berasal dari Sabah dan telah mengenali saya rasa-rasanya ada dalam 3-4 tahun. Kami sama-sama terlibat dalam sebuah bisnes MLM pada suatu masa yang dulu. Kami masing-masing mengenali hati budi sendiri. Sekarang ini, dia menjadi salah seorang watak penting dalam menjayakan projek-projek yang saya dah plan.

Amer : Semasa saya sedang restart hidup saya, saya memang selalu lepak di Bun-D Bistro & Cafe di mana saya bertemu dengan dia buat kali pertama. Dialah sebenarnya Tok Guru yang mengajar saya cara-cara membuat shisha. Dalam masa yang tak sampai setahun ni, kami boleh menjadi rapat dan mesra serta mempercayai antara satu sama lain. Kehadirannya dalam group ini membuatkan group kami lebih lengkap kerana pengalaman dan contact yang dia ada sangat meluas. Dia bakal membawa group ini lebih jauh dengan kenalan-kenalan dan cable nya yang banyak.

Amirul : Saya mula berjumpa dengan dia juga di Bun-D Bistro & Cafe. Semasa itu saya sedang giat mengekori geng-geng artist yang membuat persembahan di sana. Dia merupakan kawan kepada salah seorang daripada ahli band tersebut. Mulanya kami tidak rapat, sehingga kami mula mengenali hati budi masing-masing. Rupa-rupanya, dia juga sama seperti saya; sedang cuba memperbaiki hidup.

Wan : Semasa saya sedang rapat dengan kumpulan-kumpulan yang berniaga di Bun-D Bistro, saya selalu nampak dia bersama girl friend nya lepak di sana. Lebih kurang setiap hari saya dapat melihat mereka lepak di situ. Mereka juga menjadi kawan baik kepada Amir kerana mereka sangat menggemari shisha. Setelah saya pulih daripada penyakit denggi,dalam bulan 7 hari tu, kami mula berkenalan dengan lebih rapat lagi. Hasilnya, terjadilah group ini.




     Kepada rakan-rakan semua yang sedang membaca, inilah antara watak-watak penting yang akan memenuhi ruang perjalanan saya dalam The Journey ini. Setiap mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan saya betul-betul berharap yang kali ini, projek kami akan menjadi. Bukan ape, sebab sebelum ini kami selalu bertemu dengan kegagalan demi kegagalan. Semoga bertemu dengan kejayaan pula selepas ini, kawan-kawan, doakan lah kami, amin..

Sunday, October 17, 2010

Wish You All the Best Sweetheart

     Pada suatu malam..dalam pukul 4 pagi lebih kurang..semasa saya on facebook untuk melihat shoutout-shoutout terkini dari rakan-rakan, tiba-tiba saya terlihat satu update yang agak menyedihkan saya.. Wanita yang saya puja selama ini telah menukar status hubungannya kepada 'in a relationship'..Dengan egonya, saya terus 'like' update tersebut dan terus menghubungi beliau. Kami bersembang seperti sepasang kawan yang biasa, walaupun perasaan cemburu semakin meluap-luap di dada. Selama beberapa tahun sejak ditinggalkan, saya tak pernah berputus asa berharap dan berusaha agar dia akan kembali kepada saya semula. Mengetahui betapa seriusnya dia bersama kekasih barunya sekarang, saya rasa seolah-olah pengorbanan yang saya lakukan selama ini adalah sia-sia. Selama ini, saya sentiasa mencuba agar diterimanya semula. Agak kelakar apabila saya tahu, it takes two to clap. Bila dah tak suka tu, macammana cuba pun tetap dia akan tak suka juga. Dari awal lagi saya ni hanyalah salah satu daripada persinggahannya, sedangkan saya sentiasa meyakinkan diri bahawa saya ni destinasi terakhirnya.. Wish you all the best sweetheart.. I'll be there whenever you need me..

Sunday, October 10, 2010

Step 2

     Sekarang ni kita dah kenal pasti kesilapan(dalam kes ni, kesilapan saya,duh..). Kesilapan-kesilapan seperti ini harus kita kenalpasti supaya kita tak buat lagi di kemudian hari. Tak pasal-pasal karang bertambah-tambah bebanan yang akan mendatang kalau buat silap lagi. Selepas ni, saya akan ceritakan pula pasal target-target yang saya nak capai dalam The Journey ini.

     Mula-mula sekali, saya nak selesaikan hutang-hutang saya. Ini semua kerana, disebabkan hutang-hutang ini lah, ada kawan-kawan saya yang saya segan nak jumpa malah ada yang saya sengaja elak daripada berjumpa mereka. Setiap kali saya keluar, tak kira lah makan ke apa ke, saya pasti rasa tak senang hati. Bukan saya tak nak bayar, tapi keadaan itu sendiri yang menghalang saya untuk bayar. Saya tak pernah lupa berapa hutang saya dan siapa yang saya hutang. Walaubagaimana kita target pun, perkara itu confirm akan ada sangkut paut dengan duit. Jadi, dalam kes ini, memang duit yang menjadi tajuk utama. So far, saya rasa dan setelah melakukan calculation, hutang terkumpul saya telah mencecah RM35,000.00. Maknanya, untuk target saya yang pertama ialah untuk mengumpul duit sebanyak RM35k untuk membayar hutang.

     Tapi, apabila saya sedar yang sebenarnye,kebanyakan target pun ada melibatkan duit, jadi saya telah membuat satu target yang agak simple, iaitu mengumpul duit sebanyak mungkin dalam masa 2 tahun ni. Memanglah kalau nak diikutkan target tu kena spesifik sikit. Jadi, keputusan saya tadi itu ialah target saya paling tinggi dan untuk mencapainya, saya akan buat target secara berperingkat. Ini kerana untuk mencapai target yang paling besar maybe adalah agak susah, tetapi kalau kita mencapainya secara berperingkat, lama-kelamaan, target yang paling besar itu akan tercapai juga.

     Jadi, sekarang ini saya akan beritahu anda semua tentang target berperingkat yang saya maksudkan itu tadi. Buat masa sekarang, saya, secara realistiknya akan setkan target saya terhadap benda-benda yang agak material sedikit. Benda yang saya maksudkan ialah kereta dan rumah. Bagi saya, target ini adalah simple dan agak crucial pada kemudian hari nanti. Lagipun, kereta dan rumah akan diperlukan apabila saya berumah tangga ataupun nak menyelesakan lagi kehidupan keluarga saya yang sekarang ni. Mari sama-sama kita tengok progress target-target saya ni pada masa yang akan datang. Sementara itu, Assalamualaikum dan semoga jumpa lagi di hari yang mendatang..Terima kasih kerana membaca...

Friday, October 1, 2010

First Step Ep.2

     [SAMBUNGAN]     IM pun teruskan dengan kerjanya. Saya amat mengkaguminya kerana walaupun masih sedang belajar di UiTM, di mana biasanya pelajar-pelajarnya sangat sibuk, dia masih dapat membahagikan masa unutk bermain FOREX. Disebabkan kegagalan demi kegagalan saya sebelum ini, harapan say memang sangat tinggi terhadap FOREX ini. Setiap hari saya akan bertanya kepadanya,"untung ke rugi hari ni?", sehinggakan dia memarahi saya,"kalau kau takut rugi, baik takpayah main FOREX ni! Jangan tanya aku selalu sangat, aku pressure ni!". Saya pun terdiam dan berfikir,"betul jugak cakap mamat ni, kaalau rugi sebab aku yang pressure dia,lagi susah". Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk bertanya dalam seminggu hanya sekali. Setelah beberapa minggu, pada bulan Ogos, hampir hujung bulan, kami rugi besar. 

     Duit kami yang beribu-ribu US Dollar telah tinggal hanya USD500 sahaja. Bagaimana? Pada malam itu, IM sedang menunggu waktu yang membolehkan kami untung paling banyak sekali. Semasa menunggu waktu genting itu, kawan serumah IM telah menutup modem P1Wimax yang digunakan untuk internet. IM terus membuka semula modem itu, dan hampir 15 minit menunggu modem itu menghubungi internet. Malangnya, signal pada modem itu agak kurang memberansangkan kerana gagal menghubungi internet. IM pun bergegas pergi ke kedai Mamak yang mempunyai Wi-Fi, iaitu di Bintang Sidewalk, Shah Alam. Sesampainya IM di sana, dia terus membuka laptop dan terus masuk ke dalam Forex. Pada masa itulah, duit baki yang tinggal di dalam akaun FOREX kami hanya USD500 dan serta-merta IM log out dari FOREX untuk mengurangkan kerugian. Tetapi, cerita tetang kerugian ni, datangnya dari mulut dia sendiri, dan dia pun tidak membenarkan saya menghubungi kawan yang menutup modem Wimax itu tadi. Setelah berbincang dengan IM, dia pun bersetuju untuk membayar semula amaun yang telah rugi itu dengan bunga hasil gadaian emas. Kami pun berbincang untuk buat bisnes lain, dan atas dasar kasihan, saya pun offer kepadanya untuk bayar separuh dari jumlah itu sekiranya bisnes yang kami buat itu kami buat bersama. Setahun sudah berlalu, satu sen pun dia tak pernah bayar, siap terminate saya daripada bisnes yang kami start sama-sama, menyalahkan dan menuduh saya, memburukkan saya di belakang saya dan macam-macam lagi. Sekarang ni, saya panggil pun dia dah tak respon lagi.

     Jadi kawan-kawan, saya telah mengenalpasti beberapa kesilapan yang telah saya buat dan saya rasa anda semua pun tau,betul tak? Pertama sekali, saya terlampau mempercayai kawan saya iaitu IM. Kedua, saya terlampau berharap atas hasil kerja orang lain. Ketiga, saya telah melibatkan keluarga saya di mana sekarang ini, mereka yang teruk membayar hutang emas. Keempat, saya tak check sendiri akaun FOREX itu. Sebenarnya, inilah kesilapan yang sering saya buat sebelum ini, dan hasilnya memang mengecewakan. Sebab itu saya namakan article kali ini sebagai First Step, di mana, bagi saya, untuk kehadapan, kita mesti tengok kebelakang untuk tidak mengulangi kesilapan pada waktu yang akan datang. Terima kasih kerana membaca, assalamualaikum dan selamat sejahtera.[TAMAT]